Sebenarnya sudah lama terniat atau bernawaitu ingin melawat Muzium Alam Semulajadi yang terletak di Jalan Diplomatik, Presint 15, Putrajaya. Ada sekali nak melawat sewaktu hujung minggu, namun waktu itu, pintu muzium sudah tutup dan dikawal rapi oleh pengawal keselamatan. Muzium Alam Semulajadi ini rupanya dibuka dari 9.00 pagi – 5.00 petang sahaja. Dan untuk makluman, Muzium Alam Semulajadi juga ditutup pada Hari Raya Pertama Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Manalah tahu nanti ada yang bersemangat nak pergi selepas selesai sahaja solat hari raya. Kali kedua pergi ke sana disebabkan saya terbaca di akhbar terdapat pameran Foto Alama 2011 di sana. Sayang sekali tak terbawa kamera digital model Canon. Jadi, sempat bawa balik pamphlet yang diberi percuma setelah membayar harga tiket RM2.00 sahaja.
Di dalam muzium ini rupanya terkumpul pelbagai koleksi binatang haiwan yang sebenar tetapi diawet dengan baik sekali. Memang jarang sekali melihat haiwan yang diawet dikumpulkan bersama-sama dan dapat dilihat dari jarak dekat. Antaranya, beruang, harimau, tapir atau lebih popular dengan nama tenuk, dan juga tidak ketinggalan pelbagai jenis koleksi serangga seperti kumbang, rama-rama dan sebagainya. Antara tarikan lain ialah rangka Ikan paus Bryde yang julung kalinya dipamerkan untuk orang ramai. Inilah first time dapat pegang tulang ikan paus. Setakat tulang ikan kembung, ikan cencaru, ikan bilis memang dah biasa.
Akhir sekali saya melihat gambar-gambar pemenang pertandingan Foto Alam 2011. Terdapat kategori Flora, Fauna, Kategori Batu dan juga Kategori sekolah. Memang cun betul gambar yang dia orang ambil ni. Siapa yang belum pergi melawat, bolehlah pergi tengok sementara gambar masih belum berhabuk. Pameran Foto Alam 2011 berlangsung dari 14 Jun- 18 September 2011.
Number of View :9550
alhamdulillah..terima kasih kerana sudi berkunjung ke Muzium Alam Semula Jadi..^*
thanks, gmbr tersebut dpt sy selit kan dlm assignment sy. 🙂