Artikel kali ini berkisar tentang sebuah Muzium yang terletak di KM 52 Jalan Pontian, Johor. Bagi mereka yang tinggal di sekitar Pontian pasti tahu mengenai kewujudan Muzium ini kan. Bagi mereka yang belum pernah melawatnya , bolehlah datang ke sini. Memang tak rugi.
Untuk pengetahuan anda, Muzium ini dibawah jagaan Jabatan Pertanian Negeri Johor. Secara umumnya, Muzium ini ditubuhkan bagi mempamerkan koleksi, sejarah dan maklumat mengenai industri nanas di Malaysia. Secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi kemajuan industri nanas dengan penghasilan produk nanas seperti jus nanas, kordial nanas, jem nenas dan pelbagai jenis lagi.
Bagi mereka yang menggemari buah nanas pasti teruja, gelojoh atau tidak sabar-sabar melihat sejarah tanaman ini. Jika anda datang ke sini jangan lupa bawa kamera. Banyak gambar menari yang boleh anda rakamkan.
Permulaan anda masuk melalui pintu hadapan, anda akan terpukau, terpegun atau kaget melihat replika kepelbagaian jenis nanas yang terdapat di Malaysia. Dari sekecil-kecil nanas sehinggalah yang bersaiz besar. Nanas Sarawak adalah diantara nanas yang mempunyai saiz yang besar terdapat di Malaysia.
Antara pameran yang dapat dilihat adalah seperti kitaran pokok nanas. Kematangan pokok nanas yang sesuai untuk dipetik, kaedah pengurusan pokok nanas, peralatan-peralatan yang digunakan dan sebagainya.
Sebagai makluman tambahan untuk anda, dahulu karbaid digunakan bagi pengaruhan pembungaan bunga nanas. Namun, kini bahan kimia yang dikenali sebagai pil ANNA (sejenis asid kalau tak silap) lebih memudahkan mengaruhkan pengeluaran bunga nanas secara serentak.
Selain melihat pelbagai pameran, demonstrasi membuat benang dari daun nanas juga dipertontonkan secara langsung. Tapi sayang tak dapat nak cuba sendiri. Tak sangka juga daun nenas dapat menghasilkan benang yang boleh dibuat baju. Kalau anda nak lihat baju yang berusia 100 tahun yang dibuat dari benang nanas, bolehlah berkunjung ke Muzium Nanas.
Perhatian : tangan yang berwarna gelap di atas bukanlah tangan saya.
Akhir sekali setelah selesai melawat pameran di Muzium dua tingkat tersebut, anda juga boleh melihat koleksi nanas yang ada di tanam di kawasan sekitar Muzium terebut. Banyak lagi sebenarnya koleksi nanas yang terdapat di sana. Cuma saya tidak dapat tunjukkan di sini. Harap anda boleh pergi ke sana dan melihat sendiri.
Antara nanas yang anda boleh lihat adalah seperti nanas Yankee, nanas Morris, Braktatus, nanas Josapine, nanas Gandul dan banyak lagi.
Sebelum artikel ini sampai ke penghujungnya, saya nak tunjukkan sejenis lagi nanas yang dikenali nanas merah yang menarik perhatian saya. Jika dijadikan tanaman hiasan memang menarik.
Jika anda pernah melawat Muzium tanaman yang lain, bolehlah berkongsikan kisah anda di sini.
Number of View :18598
assalamualikum
saya rasa museum ini perlu sentohan orang ramai yang berminat dgn nya supaya sekitaran nya lebih cantik dan didalamnya lebih ceria. pendapat dan sumbangan masyarakat perlu kerana peruntukkan dari pemerintah amat sedikit ( jika tak salah )
diharap mereka yang ada ilmu dalam biadang hiasan taman ,dalaman dapat memberi sumbangan fikiran. maaf dan terima kasih