Batai Laut

batai-laut

Pokok Batai Laut (Pelthoporum pterocarpum) atau juga dikenali pokok Jemerlang merupakan sejenis pokok teduhan dan hiasan yang popular di Malaysia. Pokok yang boleh mencapai ketinggian 20 meter memang banyak di tanam di pinggir jalan di kawasan taman atau perkarangan bangunan.

batai-laut2

Daunnya berukuran 15cm-35cm mempunyai anak daun yang kecil dan bewarna hijau tua. Bunganya yang berwarna kuning keemasan menjulur keluar di bahagian atas silara.

batai-laut3

Buahnya berbentuk kekacang, bewarna kekuningan dan bertukar menjadi coklat apabila matang. Kebanyakkan buahnya tidak gugur.

batai-laut4

Pokok yang juga dikenali dengan nama Yellow Flame ini kebiasaannya dibiak melalui biji benih dan pertumbuhan pokok ini juga cepat.

p/s:  >> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tanaman hiasan, pokok herba.. buah-buahan nadir.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di Channel Telegram Peminat Tumbuhan..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :19134

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam