Floria 2011 datang lagi. Festival Bunga yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya kali ini bertemakan “Mawar untuk Selamanya” . Bagi mereka yang pertama kali mengetahui tentang Festival ini, Floria 2011 merupakan acara bertaraf antarabangsa yang akan dianjurkan selama 9 hari ini bermula pada 9 hingga 17 Julai 2011 bertempat di Persisiran Tasik Presint 2, Putrajaya. Bagi yang pertama kali ke Floria ini pasti terpesona dengan bunga-bunga dan dedaun yang kemas diatur dan landskap dalam pelbagai gaya dan susunan yang akan mewujudkan kemeriahan berwarna-warni.
Hari pertama Floria 2011 bermula, saya tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke sana melihat sesuatu yang berbeza dengan Floria 2010 . Jika Floria 2010 tahun lalu bertemakan bunga Heliconia, kali ini Floria 2011 bertemakan bunga ros.
Di katakan juga terdapat lebih kurang 100 spesies bunga ros akan dipamerkan di Festival ini. Walau bagaimanapun, mungkin hanya 20-30 spesies sahaja yang dapat saya ketemui di sini. ( Beberapa gambar yang saya dapat kongsikan bersama anda ).
Terdapat juga pameran tertutup Floral Pavillion yang mempamerkan gubahan dan seni taman dari 13 negara antarabangsa yang bertemakan Rose Garden, Aroma Garden, Special Floral dan bermacam-macam lagi. Maaflah, tak sempat nak uploadkan gambar.
Bagi yang tidak sempat pergi pada waktu siang hari, anda juga boleh pergi pada sebelah malam. Pameran ini sehingga pukul 11.00 malam. Acara sebelah malam juga pun menarik juga. Antaranya pertunjukkan bunga api, perarakan bot berhias, Muzik Etnik Kotemporari, persembahan paluan tambuer dan bermacam-macam lagi mengikut hari-hari dan waktu yang ditetapkan.
Malam tadi cadang nak pergi tengok suasana malam di Floria 2011, tetapi tidak sangka pula bukan main ramai orang datang pada waktu malam berbanding petang tadi. Apa pun, bagi mereka yang belum lagi pernah pergi ke Festival Floria ini, bolehlah berkunjung ke sana selagi bunga ros belum layu.
Number of View :11611