April 24, 2024

Hari ini saya akan berkongsi tentang salah satu sayuran tradisional yang dikenali sebagai Labu Air. Di negara asalnya, Afrika Tropika, Labu Air telah lama menjadi sebahagian daripada diet penduduk setempat. Labu Air atau juga dikenali sebagai Lagenaria siceraria, adalah sejenis tumbuhan memanjat dengan sulur paut yang panjang, dapat mencapai 5 hingga 10 meter.

Labu Air mempunyai batang yang liat, bersegi-segi dan daun berlobus dengan petiol panjang yang berbulu kesat. Bunga betinanya berwarna putih dan biasanya akan membesar setelah persenyawaan. Buah yang dihasilkannya berbagai bentuk dan saiz, kebanyakannya seperti botol, berwarna putih kehijauan dengan isi putih dan berbiji banyak.

Khasiat dan Kegunaan Labu Manis

Buah dan pucuk Labu Air adalah sumber nutrien yang baik. Mengikut data nutrien, setiap 100 gram buah Labu Air yang muda mengandungi banyak nutrien penting seperti protein, karbohidrat, kalsium, ferum, fosforus, natrium, kalium, dan vitamin A, B, dan C.

Buah Labu Air yang masih muda dan lembut boleh dimasak lemak, dimasak manis, dibuat sup sayur atau digunakan sebagai ramuan dalam berbagai-bagai resipi masakan tradisional. Pucuknya juga adalah sayuran yang digemari dan sering dimasak lemak atau dimasak manis.

Cara Menanam Labu Air

Labu Air adalah tanaman yang boleh ditanam di sekitar rumah. Untuk membiak Labu Air, biji benih diperoleh daripada buah yang cukup masak dan disemai, biasanya 3 hingga 5 biji dalam satu lubang.

Setelah bercambah, hanya 2 pokok yang subur dipilih dan yang lainnya dibuang. Labu Air memerlukan sokongan yang kuat untuk memanjat dan tanah yang subur serta bersaliran baik. Sebaiknya, pangkal pokok sentiasa ditambak tanahnya hingga menjadi seperti busut.

Labu Air tidak memerlukan penjagaan yang rapi tetapi memerlukan baja seperti najis haiwan yang reput, kompos, air basuhan ikan dan bahan buangan dapur. Anda juga boleh menggunakan baja sebatian NPK 12:12:17:+TE, terutama apabila labu ini mula berbuah. Salah satu kaedah ialah dengan melarutkan baja ini dalam air kira-kira 2 sudu makan dalam 4 liter air dan kemudian disiram ke pangkal pokok.

Number of View :1290

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam