Artikel kali ini saya ingin kongsikan mengenai salah satu suku minoriti di Sabah iaitu Etnik Suku Minokok. Dianggarkan hanya terdapat 1,100 keluarga atau 10,000 orang yang tinggal pada hari ini. Biarpun jumlah yang ada cuma sedikit, etnik itu sehingga hari ini berpegang teguh terhadap larangan berkahwin sesama suku kerana dianggap ‘sumbang’ iaitu dipercayai boleh menyebabkan kecacatan atau kematian kepada anak.
Berdasarkan kepercayaan suku itu, jika berlaku perkahwinan sesama etnik, ‘sogit’ atau denda wajib dikenakan terhadap pasangan dengan adat istiadat yang digunakan hari ini memerlukan seekor ternakan bagi setiap anak yang dilahirkan untuk diedarkan kepada seluruh kampung.
Larangan perkahwinan sesama suku itu menjadi pegangan sehingga kini kerana mereka percaya masyaÂrakat dalam suku terbabit mempunyai pertalian keluarga. Usaha mengembangkan etnik itu sudah diambil nenek moyang sejak dulu dengan memutuskan talian persaudaraan dipanggil adat ‘titas’ dalam bahasa Dusun Minokok, bagi mewujudkan etnik baharu dinamakan Tompizes.
Disebabkan berlaku perang saudara pada zaman itu, etnik Dusun Minokok tidak dapat menÂgembangkan zuriatnya dan nenek moyang terpaksa melakukan ‘titas’ bagi membolehkan Dusun Minokok berkahwin dengan Tompizes. Sebelum adanya peraturan baharu, jika didapati Dusun Minokok berkahwin sesama suku, ‘sogit’ lebih besar dikenakan dan menurut cerita nenek moyang, pasangan itu dikehendaki menoreh kaki mereka. Ini kerana, perkahwinan sesama suku dikatakan bukan saja mendatangkan bala, malah menyebabkan bumi panas, semua makanan pahit dan penduduk hidup tidak aman. Disebabkan Tompizes juga dari darah Dusun Minokok, sekarang usaha dibuat bagi memperkenalkan etnik ini sebagai Dusun Minokok Tompizes.
Pada hari ini, enam kampung di daerah Tongod menjadi penempatan suku terbabit iaitu Kampung Simpang Entilibon, Sanan, Linayukan, Menanam, Maliau dan Namukon, manakala empat kampung di Keningau iaitu Kampung Sinaron, Batu Lunguyan, Mandagat dan Kipaliu. Penempatan asal etnik itu bermula di Mukim Lalampas yang merangkumi 16 perkampungan kecil di Tongod.
BiarÂpun dipercayai wujud sejak sekian lama, suku itu baru membentuk semula identitinya dan memperkeÂnalkan kebudayaan baharu termasuk pakaian tradisi dan tariannya. Berbeza dengan baju tradisi suku kaum Dusun yang lain, pakaian atau dipanggil ‘sinuripan’ dicipta wanita itu menggunakan perhiasan butang berwarna putih atau d ipanggil ‘tipai’ dalam bahasa Minokok dan ‘giring’ iaitu loceng. Baju tradisi yang digunakan adalah berdasarkan pakaian masyaÂrakat dahulu yang menggunakan butang putih dan loceng sebagai perÂhiasan baju.
Sumber : Berita Harian, 2 Julai 2017 (ruangan Masyarakat)
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
