September 21, 2024
daun-ubi Siapa sangka daun ubi kayu tiada kegunaannya.. Selain direbus dibuat ulam atau dibuat pecal, daun ubi kayu juga dipercayai digunakan dalam perubatan tradisional dalam merawat sengatan gigitan serangga berbisa dan juga kegunaan lain yang mungkin anda tidak pernah tahu sebelum ini. Ikuti kisah seorang guru yang telah mengirimkan email kepada saya yang bertajuk ‘Kegunaan Daun Ubi Kayu’. “Saya adalah seorang guru sekolah rendah yang pernah bertugas di beberapa tempat di negeri Sabah. Saya banyak berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan dan juga penduduk tempatan di tempat-tempat saya pernah bertugas berkaitan dengan perubatan kampung atau tradisional. Semasa saya bertugas di daerah Tuaran, di suatu kawasan perkampungan nelayan yang sebahagian besarnya adalah etnik Bajau, saya pernah diberitahu tentang rahsia merawat sejenis penyakit misteri yang barangkali hanya wujud di sekitar masyarakat tersebut. Pada suatu masa dahulu ada terdapat suatu penyakit kulit yang misteri dan amat sukar diubati dengan perubatan moden walaupun oleh pakar sakit kulit dan biasanya menurut mereka, penyakit tersebut hanya dapat diubati oleh segelintir orang yang tahu tentang rahsia penyebab penyakit tersebut. Penyakit tersebut dipanggil “samaie” dan dikenakan kepada orang tertentu melalui makanan (boleh mengakibatkan busung) atau sentuhan kepada kulit manusia. Bahan yang digunakan adalah himpunan 7 jenis barang terkotor dan miang tumbuhan seperti miang buluh dan miang ulat bulu.Barang-barang terkotor adalah seperti cairan daripada bangkai binatang dan juga mayat manusia. Akibat daripada terkena campuran tadi ialah jika terkena di kulit maka kulit akan menjadi gatal dan pedih yang teramat sangat, makin digaru semakin merebak dan akhirnya menyebabkan kulit bernanah dan menggelupas.Jika seseorang yang terkena itu tidur di atas tikar maka tikar akan melekat pada daging/kulit mangsa. Azab sengsara hanya Tuhan sahaja yang tahu, begitu kata orang tersebut. Ramuan untuk mengubati penyakit tersebut adalah seperti berikut: daun ubi kayu yang masih segar, isi kunyit, kapur sireh, santan kelapa pekat sebaiknya yang berwarna hijau dan daun sireh yang matang. Kesemua bahan herba tadi harus dilumatkan dan disapu ke serata badan atau kawasan yang telah dijangkiti penyakit. Saya hanya menyampaikan perkongsian ilmu, keberkesanan hanya diketahui oleh mereka yang pernah menjadi mangsa kepada perbuatan keji sesama manusia itu sahaja. Apapun, melalui pengalaman saya sendiri, daun ubikayu adalah bahan herba yang berkesan untuk merawat kesan sengatan atau gigitan serangga berbisa seperti lipan dan penyengat.Ramas daun ubukayu dan tempelkan kepada bekas gigitan atau sengatan, mudah-mudahan akan cepat hilang kesan bisa dan juga tidak akan membengkak sengatan atau gigitan tersebut. Kiriman E-Mel: jgibot @ gmail.com
This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :25221

39 thoughts on “Kegunaan Daun Ubi Kayu

  1. penyakit yang disebutkan pernah saya temui di kawasan penempatan orang asli lata kijang n.sembilan,tiada ubatnya kecuali menunggu mati saja.dengan ilmu yang amat berguna yg telah disampaikan maka tanpa raga2 sy akan mengunakannya dimasa depan.

  2. Salam…

    Terima kasih kerana berkongsi info. Saya akan kongsikan utk mereka yg mengalami masalah penyakit seperti ini,inysaAllah.

  3. memang berguna info ini. hantarkan lagi. tuan hamba mendapat pahala kerana khidmat saudara. itu adalah amal jariah saudara.

  4. Ingatkan daun mamboo(neem) dan daun gelenggang saja yang sesuai merawat kulit. Saya dah mula tanam kedua pokok yang famous ini. Rupanya daun ubi yang sedia ada dibelakang pondok saya itu pun mujarrab jugak..

  5. saya sekadar bertanya…ulaman yang sinonim dgn masyarakat melayu…kacang kelisa @ kacang botol…. boleh tak saudara pastikan kacang botol ke..kacang botor? terima kasih

  6. Maklumat berguna. terima kasih.
    Nak tumpang tanya. Saya ada tanam serumpun ubi kayu. First time dengan ubi kayu ini, sejak pindah rumah. Dulu duduk flat, mana ada tanah. Pokok Ubi Kayu saya ini dah besar. 7 kaki tinggi lebih kurang. Saya tak pasti bila boleh tuai ubi kayu ini. Nak tunggu keluar bunga dulu macam ubi kentang?

  7. Ibu saya di kampung menggunakan pucuk ubi kayu untuk meredakan batuk pada kanak2. Caranya, ambik beberapa helai pucuk ubi, sedikit kapur & beberapa titik air. Gosok di tapak tangan sehingga keluar cecair berwarna hijau, kemudian sapukan cecair tadi pada leher & dada kanak2.

  8. Benarkah daun ubi mengandungi cynide? Di kg dulu, biasa makan, buat sayur lemak atau direbus utk ramuan dlm pecal. Kata orang daun elok direbus dulu, buang airnya yg hijau, barulah dimasak ikut suka. Daun ubi yg dijual di pasar biasanya keras/tua. Hanya sikit bhg pucuknya yg sesuai digunakan. Terima kasih di atas info mengenai kegunaan daun ubi sbg ubat.

  9. Salam. Lain-lain kegunaan daun ubi kayu, terutama bahagian pucuk. Saya perolehi kegunaan ini dari ayah sahabat karib saya yang mengidap penyakit darah rendah.
    Sesiapa yang mengidap penyakit ini akan merasai simptom keletihan dan hilang tenaga. Rutin hidup seharian pasti tidak bermaya dan ceria.
    Cara mengatasinya ialah ambil segengam pucuk ubi kayu, rebuskan dan minum air rebusan. Insya’Allah dengan izin Allah anda akan mendapat khasiatnya.

  10. pucuk ubi kayu adalah lauk kegemaran saya samaada dimasak cara masak lemak cili padi campur daging ke, ikan ke atau apa-apa. Direbus dan dicicah dengan air asam pun sodap. Rupanya banyak kegunaan ubi kayu ini. Alahamdulillah.

  11. Sdra,
    Kalau ada kesempatan cuba dapatkan khasiat daun senduduk. Seingat saya semasa saya bebudak di zama 60 an dulu, daunnya boleh digunakan untuk menahan darah yang keluar dari luka yang kita alami. Caranya daun tersebut dikunyah hingga lumat dan kemudian ditampalkan di kawasan luka yang berdarah itu.

  12. saudara, tanya sedikit , kalau penyakit semput / lelah apahkah ubat nya, kalau sesiapa, yang tahu beritahu lah kepada saya

  13. Asslam, jadi perkara busung ni adalah macam senjata kimia.Alhamdulilah, kita dapat pengetahuan baru untuk diamalkan dan disampaikan. Saya pun pernah cuba daun pokok durian belanda, ramas2 daunnya letak pada bawah tilah yang banyak pepijat.Inshallah mereka akan lari ke tempat lain. Kita pu tak perlu membunuhnya.

  14. pucuk ubi kayu ni kalau dibuat kerabu atau ulam setelah dicelur(rebus) sangat sedap……

  15. mai taiping,,,tarik batang pokok ubi kayu ..ubi ada dalam tanah..pastu rebus cicah ngan gula dankelapaparut

  16. Terima kasih info ini. Tempat saya di NS memang selalu menggunakan pucuk ubi tetapi sebagai makanan campuran contoh gulai telur, daun kayu +tempoyak. Bagi sengatan serangga ,petua mak saya pula ialah menggunakan kulit limau yang masih hijau. Saya selalu gunakan limau kasturi, picit ( keluarkan sengit kulit limau itu) dan sapukan pada gigitan. InsyaAllah

  17. aku pernah guna daun ubi untuk mengurangkan bisa sengatan tebuan. tapi bukan ubi kayu biasa. pokoknya agak renek dan daun dia warna kuning, dan batang warna merah. tapi aku ingat nama pokok ubi tersebut. kalau ada sesapa yang tahu, boleh bagitau nama pokok tersebut. memang jarang dah nak jumpa pokok ubi spesis 2.

  18. selalu kita dgr orang guna arang bagi menghilangkan bau yg tidak selesa dalam kabin kereta atau peti ais. daun ubi kayu juga mampu berfungsi bg menghilangkan bau yg kurang enak.

  19. Saya baru dapat tahu dari seorang dari Negara seberang, mengenai daun ubi kayu, boleh mengubati tekanan darah rendah, caranye boleh buat sayur dalam masakan, katanye. amalkan memakanye.

  20. Tq saya baru tahu banyak kegunaannya tentang daun ubi kayu dalam perubatan, penglaman saya semasa berada didaerah semporna dahulu ialah daun ubi kayu juga boleh digunakan untuk mengambil umpan (pun-pun) sejenis cacing laut untuk digunakan sebagai umpan untuk memancing dilaut. caranya ialah ramas sehingga hancur daun ubi kayu kemudian perah airnya dikawasan lumpur ditepi pantai insyaalah akan keluarlah kepala pun-pun tersebut dan ambil dengan menggunakan kain dan tarik perlahan-lahan supaya ia tidak putus lepas tu pergi la mancing.

  21. i pun ada sikit info untuk pucuk ubi ni…..selain untuk masak lemak kerabu,pecal dll…juga boleh merawat penyakit darah rendah…..amalkan makan pucuk ubi 2 atau 3 kali seminggu insaAllah yang mengidap darah rendah akan kembali normal…….

  22. ssSelalunya bila banyak pucuk ubi kayu ,saya akan buat rerendang.Rasanya tersangat lah sedap

  23. sayur pucuk ubi >> daun ubi `cambah’ yg tumbuh liar lebih sedap dan lembut daripada yang d tanam untuk isi nya dan jika daun yg pokok tanam untuk isi d ambil selalu, isi ubi itu selalunya akan terjejas (tidak empuk bila d rebus) jadi jika daun pokok itu terpaksa d ambil juga, petik satu daun yang muda saja dari satu pokok, utk tidak jejaskan isi pokok berkenaan .. seeloknya pokok yg tumbuh meliar selalu d patahkan pucuknya utk mendapatkan pucuk baru dlm masa dua minggu (daun akan lebih lembut)

    …..>> rawatan kecemasan jika terkena sengatan/gigitan tabuan atau lebah .. ambil getah pisang (potong pelepah) dan sapukan pada tempat gigitan, insyallah bengkak dan sakit akan berkurangan, sebelum mendapat rawatan yang lebih berkesan ..

  24. ubi kayu ni pun ada banyak jenis..ada yg ubinya bila direbus sedap,gebu…ada yg x nk empuk..pahit dan mcm2 lg…pucuk ubi pulak boleh buat masak lemak…buat ulam rebus..but kerabu…mcm2 lagi lah..seeloknya pucuk ubi yg baru di petik tu,di biarkn kerng getahnya…kemudian rendamkan dengan air garam lbh krng 5 mint…bertujuan untk meneutralkn kndngan alkaoid(rasa pahit)dlm pucuk ubi tu…lps tu cuci pucuk tu dan buat la apa yg patut…semua pucuk kayu x kira la pck putat ke,gajus ke,mengkudu ke…seelokny direndamkan sekejap dengn air garm sebelum kita nk memasaknya….wallahua’lam

  25. salam nk tpang tnye macam mane nk hilangkan pepijat
    dalam rmh??????????????????????
    blh ke gune ubi kayu……………

  26. hi…..sya mau btanya….dlu Semasa cikgu bertugas di daerah Tuaran,d daerah mana ya?ada orang yang pandai mengubati penyakit kulit samaie ka d sna?kawan sya sedang menempuh penyakit ini skarang…sya mohon cikgu berikan informasi ya….sya sgt membutuhkan ptolongan cikgu….thank u cikgu…

  27. Di tempat saya daun ubi lebih dilihat sebagai sayuran kampung yang murah tapi sedap, berzat serta mudah didapati. Masa zaman persekolahan dulu hidup pun susah daun pucuk ubi inilah yang selalu arwah mak ambil untuk buat sayur mkn tengahari dan makan malam. Istimewanya daun ubi ini pun boleh dibuat pekasam yang dinamakan pekasam daun ubi. Daun ubi yang telah direbus diberi garam secukup rasa lalu dicampur dengan air tanak nasi. Dua tiga hari pekasam daun ubi ini sudah boleh dimakan. Rasanya masam-masam, sedap, apatah lagi kalau dicicah dengan cili api. Daun ubi ini pun boleh dijadikan ulam yang menyelerakan. Rebus dahulu daun ubi ini kira-kira lima minit, angkat dan tuskan airnya. Kemudian cicah dengan sambal belacan….sedap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam