Artikel kali ini bukan mengenai cara membiakaan biji benih durian (seperti dalam gambar) tetapi mengenai khasiat biji durian yang tidak ramai tahu. Tidak ramai yang pernah makan biji durian. Tahukah anda, kita boleh merebus atau membakar bijinya dan boleh dijadikan kudapan sihat yang berkhasiat. Tapi perlu diingat, dilarang memakan biji mentah dari buah ini. Ini kerana di dalam biji durian mengandungi asid lemak siklopropena (cyclopropene) yang bersifat racun kepada tubuh. Sejauh mana kesan kepada tubuh badan, saya sendiri tidak pasti.
Menurut rujukan, biji durian mempunyai kandungan kira-kira 27% karbohidrat (amilosa). Setiap 100 gram bijinya mengandungi 28.3 gram karbohidrat, 67 gram air, 2.5 gram protein, 2.5 gram lemak, 1.4 gram lemak, serta memberi tenaga sebanyak 520 kJ. Biji durian juga dikatakan mempunyai antioksidan dan mampu melancarkan sistem pencernaan.
Jadi, lepas ini, jika anda membeli buah durian, jangan lupa mencuba rebus dan makan bijinya. Barulah tahu apa rasanya.
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
Number of View :9513