January 25, 2025

Pokok Delima atau dalam istilah botani dinamakan sebagai Punica granatum dikatakan mempunyai beberapa khasiat. Menurut pegawai di Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap, Buah Delima dikatakan sesuai untuk merawat batuk biasa, melegakan sakit perut dan mencuci mata

 

“Khasiat itu berdasarkan pengakuan beberapa pengamal perubatan tradisional,” kata Tajuddin ketika ditemui baru-baru ini. Katanya, bagi merawat batuk beberapa biji buah delima yang muda dicuci terlebih dahulu sebelum dikisar sehingga lumat. Setelah itu tapiskan untuk dapatkan airnya sahaja . Minum air itu dan amalkannya untuk beberapa, hari.
“Bunganya yang segar pula sesuai untuk melegakan sakit perut dengan cara merebuskannya sehingga mendidih. Tapiskan untuk dapat airnya. Bila sudah suam, minumlah perlahan-lahan,” kata Tajuddin.

 

Air rebusan akar delima yang sudah dibersihkan pula boleh digunakan untuk mencuci mata yang sakit.

Delima bukan sahaja enak dimakan tetapi amat berkhasiat dan baik untuk minda. Sabda Nabi s.a.w., “Barang siapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

Sumber : akhbar

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :11883

3 thoughts on “Delima ubati sakit mata

  1. kepada sesiapa yg berminat merasai kelazatan jus delima 100% tanpa apa2 campuran hanya yg asli ;sila hubungi 0197793441

  2. salam untuk yang inginkan 100% tanpa campuran pomepure hubungi noraini
    013-9204526/013-9838876.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam