Banyak nama tumbuhan herba yang ada disekeliling kita bukan sahaja ganjil bahkan melucukan apabila mendengar namanya.
Salah satunya ialah pokok ekor anjing atau nama botaninya Plantago major.
Mungkin nama itu diberi kerana tumbuhan jenis rumpai ini memiliki batang yang menjulang ke langit. Ia bergerak kiri kanan bila ditiup angin bagaikan ekor anjing.
Menurut Pegawai di Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Intitut Biosains UPM, Tajuddin bin Abdul Manap, pokok ini senang tumbuh dikawasan redup dan berair.
Pokok ekor anjing mempunyai saiz daun yang agak panjang, seperti daun pokok sawi. Bunganya pula akan tumbuh pada batang yang menegak.” katanya ketika ditemui baru-baru ini. Menurut Tajuddin, khasiat pokok ekor anjing dari sudut perubatan herba dikatakan untuk merawat luka, jerawat dan demam panas serta sakit gigi.
“Bagi merawat demem panas, ambil beberapa batang pokok ekor anjing dan bersihkan sebelum ia direbus sehingga mendidih. Bila sudah suam, minulah perlahan-lahan. Amalkannya sehingga rasa panas itu berkurangan,” katanya.
Air rebusan itu juga boleh digunakan untuk mencuci luka dan mata yang sakit. Sering juga digunakan sebagai air kumuran untuk meredakan kesakitan gigi atau gusi yang bengkak.
“Untuk mengubat jerawat pula, daun ekor anjing yang sudah ditumbuk lumat disapukan pada bahagian muka yang ada jerawat.
Seelok-eloknya amalan ini dilakukan sebelum kita tidur,” katnya lagi.
…..dari keratan akhbar Mingguan Malaysia
Number of View :10424
Pernah dengar ekor kuching. Rupanya ekor anjing pun ada. Jangan-jangan ekor binatang lain pun ada..saya tunggu.
Ekor anjing,nama lain pun ada tapi tak ingatlah pulak kata arwah emak orang cina suka keringkan buat ubat darah tinggi.
slm, sy student biomedicine sdg bt research psl pk0k ek0r anjing ni, leh sy tau mne nk beli pk0k ni..if ade detail leh emelkan sy ye: tsetse_tasha88@yahoo.com