
Salah satu khasiat yang disebutkan di dalam Utusan Malaysia (9 April 2002) terdahulu ialah kemampuannya mengubati pening kepala. Pernyataan yang umum itu memang biasa dengan tabiat merawat yang mengidentifikasikan ubat dengan jenis sakit atau penyakit. Tetapi hal ini sebenarnya diberikan dengan agak terperinci di dalam materia medika homeopati.
Mengikut Dr. W. Boericke, simptom sakit kepala Piper nigrum ialah sakit kepala yang berat sehingga seolah-olah kedua pelipis ditekan-tekan. Terdapat juga rasa tekanan pada tulang hidung dan tulang muka. Kedua mata radang dan membakar. Sakit bola mata pula bagaikan hendak meletup.Sebahagian simptom yang dinyatakan di atas agak terperinci berbanding setakat penyataan sakit kepala. Ini adalah justeru para penguji remedi homeopati mencatat dengan halusi dan terperinci setiap simptom yang dirasakan ketika menguji satu-satu bahan. Selain daripada sakit kepala, terdapat beberapa simptom lain yang mungkin berhubungan dengan kegunaannya dalam perubatan herba, Antara catatan yang boleh dipetik daripada materia medika Boericke ialah kegunaan Piper nigrum dalam kes-kes gastrik, flatulens, kolik dan krem. Ia juga boleh diberikan bagi sesetengah kes dispnea dan batuk yang mempunyai rasa sakit di dada. Tentang kegunaannya sebagai ubat melawaskan kencing, keterangan simptom dalam perubatan homeopati yang boleh membantu menunjukkan kesesuaiannya ialah apabila terdapat simptom-simptom berikut: rasa membakar di dalam pundi dan saluran kencing, sukar untuk kencing, ataupun bila pundi kencing rasa penuh dan membengkak. Pesakit mungkin timbul rasa hendak kencing tetapi kerapkali kencing tidak keluar.
soalan saya, jika seseorang itu kerap makan makanan yg ada mengandungi lada hitam, adakah boleh memudaratkan pada kesihatannya???
akum
kat nursery ada jual x pkk lada ni? klu ada,tlg bgtau sya ya..
lada htm yg hijau dan segar sdap wat ulam.nenek sye dlu suke gaulkn dlm nsi pns dan mkn blaukkn ikan bakar.
camner saya nak dapatkan bekalan lada hitam?
sekiranya anda tahu sila hubungi saya secepat mungkin d 016 7224187.bekalan dikehendaki dalam sebulan 2 tan……
dan email kan saya quotation ke abdulrahimabdulrazak@yahoo.com