March 19, 2024

Kembang semangkuk atau lebih dikenali juga sebagai selayar merupakan sejenis pokok balak dan banyak didapati di hutan hujan tropika , dikawasan bertanah rendah,terutamanya di semenanjung Malaysia, Thailand dan Myanmar.Kayunya yang agak ringan banyak dijadikan barangan seperti kotak, perabut , lantai lamina , mancis dan pelbagai kegunaan lagi. Daunnya besar dan tersusun dalam bentuk spiral. Ia mempunyai bunga yang berwarna krim dan kecil. Buahnya berada dalam pod yang besar yang akan terbuka dan pecah apabila telah matang. Bijinya bersaiz lebih kurang sebesar ibu jari (dengan diameter antara 1.5 hingga 3 cm). Biji ini akan pecah dan menghasilkan sejenis bahan seprti jeli yang akan memenuhi cawan. Tumbuhan ini lazimnya membiak melalui biji benih

kegunaan:

Kembang semangkuk sinonim dengan minuman yang menjadi kegemaran rakyat malaysia seperti ais kacang dan lai chi kang.kembang semangkuk (malva nut)dihasilkan oleh dua jenis pokok dari genus scaphium iaitu scaphium macropodum dan scaphium lychnophorum ia digemari ramai kerana teksturnya yang lembut seumpama jeli.Dalam perubatan tradisional melayu kembang semangkuk digunakan untuk menurunkan panas badan terutamanya ketika demam panas.Buah kembang semangkuk direndam dalam air hingga pecah dan menghasilkan iar berwarna coklat jernih. Air ini diminum dan buahnya boleh dimakan untuk menyejukkan badan .Ia boleh digunakan bersama biji selasih dan getah anggur yang mempunyai kesan yang sama. untuk lebih berkesan, selalunya air rendaman kembang semangkuk diembunkan semalaman sebelum diberi minum kepada pesakit.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :11071

2 thoughts on “Kembang semangkuk – Scaphium Macropodum

  1. Boleh tak sesiapa dapat bantu saya? I nak tanam 2 spesis pokok nie tapi saya tak tahu dekat mana i dpt beli tumbuhan nie.

  2. tumpang tanya, pokok kembang semangkuk ni boleh jadi tinggi mana? tq pada sapa2 yg bole kasi jawapan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam