Di Malaysia cendawan sudah semakin banyak di gunakan di dalam pelbagai jenis masakan khususnya cendawan jenis tiram kelabu dan Cendawan shiitake. Cendawan Shiitake (Lentinus edodes) atau cendawan Hioko berasal dari Asia Timur yang terkenal di seluruh dunia dengan nama aslinya dalam bahasa Jepun. Shiitake bermaksud cendawan dari pokok Shii (Castanopsis cuspidata) kerana batang pohonnya yang sudah reput merupakan tempat tumbuh cendawan shiitake. Cendawan Shiitake mengandungi lentinan iaitu sejenis sebatian anti kanser dan membantu mengurangkan kesan tumor dan tanpa kolesterol. Selain itu, kebaikan cendawan shiitake ini antaranya memberi tenaga kepada sistem imun, menguatkan kebolehan sistem imun bagi menentang jangkitan penyakit.
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
Number of View :9265