Tumbuhan kulat yang dikenali sebagai cendawan kini semakin menerima permintaan yang tinggi di kalangan penggemar-penggemarnya untuk dijadikan menu makanan mereka.
Sebenarnya, terdapat beratus-ratus jenis cendawan di seluruh dunia, namun hanya beberapa spesies yang bebas dari racun sahaja yang boleh dimakan.
Selain untuk dimakan, cendawan juga merupakan sumber herba berguna kepada manusia dari segi perubatan.
Kajian mendapati cendawan boleh mengurangkan ,kandungan gula dan menambah insulin di dalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen pertahanan badan dari penyakit barah.
Khasiat dari cendawan turut diekstrak untuk dihasilkan dalam bentuk kapsul bagi memudahkan para pengguna.
Number of View :7773
Setuju dengan khasiat yang ada dalam cendawan. Masyarakat Jepun telah lama menyedari khasiatnya dan mereka sentiasa menjadikan cendawan sebagai menu utama. Paling glamer ialah cendawan shiitake.
Setuju dengan khasiat yang ada dalam cendawan. Masyarakat Jepun telah lama menyedari khasiatnya dan mereka sentiasa menjadikan cendawan sebagai menu utama. Paling glamer ialah cendawan shiitake.