December 7, 2024

Bunga Pukul Lapan? Nama ini mungkin asing di telinga kita, namun keindahan dan keunikannya telah menarik perhatian ramai. Disebut sebagai Bunga Pukul lapan kerana bunganya yang mekar hanya selama beberapa jam, bermula pukul lapan pagi hingga tengah hari. Di Malaysia, Bunga Pukul Lapan banyak ditemui di kawasan tanah rata, ladang, tepi parit air, dan biasanya tumbuh berkelompok. Selain Malaysia, tumbuhan ini juga ditemui di Jawa, Sumatera, dan Kalimantan.

Klasifikasi dan Asal Usul

  • Nama Ilmiah: Turnera subulata
  • Suku: Turneraceae
  • Nama Lain:
    • Lidah kucing (di Jawa)
    • Holly rose (dalam Bahasa Inggris)

Bunga Pukul Lapan dipercayai berasal dari Hindia Barat dan Mexico. Tumbuhan ini dikatakan ditemukan di daerah pasir kering dengan ketinggian antara 10-250 meter dari permukaan laut.

Deskripsi Tumbuhan

Bunga Pukul Lapan adalah tumbuhan herba dengan ketinggian antara 60-90 cm. Ia mempunyai akar yang mencapai panjang sekitar 0.3 hingga 0.8 meter. Daunnya berwarna hijau dengan panjang antara 2-7 cm dan lebar antara 1-4 cm. Bentuk daun elips dengan hujung yang meruncing dan tepi bergerigi kasar.

Varian Warna dan Perbandingan

Varian warna dari Bunga Pukul Lapan antara lain adalah putih dan kuning. Walau bagaimanapun, perlu diperhatikan bahawa terdapat jenis tumbuhan lain yang mirip dengan Bunga Pukul Lapan, iaitu Turnera ulmifolia. Perbezaan utama antara kedua-dua spesies ini adalah ukuran dan warna bunga serta daunnya.

Kegunaan dalam perubatan

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, tanaman Bunga Pukul Lapan mengandungi berbagai sebatian seperti terpenoid, flavonoid, steroid, benzenoid, alkaloid, dan lipid. Bahagian yang digunakan sebagai ubat adalah daun dan akar tumbuhan. Penggunaannya dipercayai dapat merawat masalah pencernaan, rematik, bengkak, dan banyak lagi.

Kegunaan Lain

Tidak hanya berfungsi sebagai tanaman ubat, Bunga Pukul Lapan juga berperanan sebagai tanaman hiasan dan membuat kawalan serangga. Selain itu, bunga ini juga menjadi sumber makanan bagi penghisap nektar, seperti kupu-kupum lebah dan kelulut.

Kesimpulan

Bunga Pukul Lapan bukan sahaja menawan dengan keindahannya tetapi juga mempunyai banyak kegunaan. Keunikan dan fungsi-fungsi ini menjadikannya salah satu permata tersembunyi di Asia Tenggara.

Number of View :9052

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam