
Pokok ini yang juga dikenali Kembang Pukul Lapan di sesetengah tempat, memang mudah ditanam berdasarkan kadar pertumbuhannya yang terlalu cepat. Tekstur pokok ini adalah sederhana dan ketinggiannya boleh mencapai sehingga 1 meter. Pokok ini tahan terhadap kepanasan suhu yang tinggi dan juga air yang diberi berlebihan.
Bagaimanapun, pokok ini tetap memerlukan cahaya penuh pada waktu pagi dengan suhu panas lembap. Hidup subur di kawasan tanah peroi berpasir. Antara keunikan pokok lidang kucing ialah bentuk daunnya yang kecil berbulu dalam serlahan hijau berkilat, bunganya dalam serlahan kuning, kuning keputihan bercampur jingga, manakala buahnya berbentuk pisang.

Lebih elok jika info ini diselitkan dengan gambar. Saya teringin melihat bagaimana rupa pokok lidah kucing ni.
kenapa tak siar gambar pokok ni?
tak pernah dengar..kalau ada gambar bolih tambah info
sgt menarik… tp lebih menarik kalau ada gambar… teringin rasa nk tanam kalau rumah ada tanah…
ala.. pkk ni ada 2 wrn iaitu kuning n krim. ada 5 klopak. bunga besar sdkit dr duit 50c. kt tghny mcm coklat2. byk dtnm d lanskap/ kubur. mdh dtnm dgn keratan btg. bln lps ‘abg angkat’ mracun rmput hbs dracun 1x pkk ni.
salam,selain dari menjadi hiasan landskap,adakah pokok lidah kucing ini mempunyai khasiat perubatan? x ada gambar susah nak bayangkan. saya mencari daun yang sering dimakan oleh kucing bila sakit.lupa nama dan rupa.
mana gambar…