October 16, 2024

Artikel kali ini dipetik dari sebuah laman The Times Of India mengenai 5 jenis buah-buahan yang berkhasiat yang mampu memberikan kesan positif pada tahap kesihatan anda. Yang paling menarik untuk kaum wanita, dengan pengambilan buah-buahan ini juga mampu membuatkan kulit anda lebih cantik dan berseri. Antara buah-buahan yang dimaksudkan ialah:

pisang

1. Pisang
Kelebihan pisang adalah mudah diperolehi di negara kita. Namun pasti ada yang masih tidak tahu akan khasiat pisang. Buah pisang mempunyai khasiatnya yang tersendiri di mana ia membunyai sumber zat besi, magnesium dan kalium yang menjadikan tubuh menjadi lebih sihat. Selain itu, buah pisang juga boleh mengurungkan masalah senggugut. Selain rasanya yang sedap, pisang kaya dengan vitamin A, B and E. Oleh yang demikian, buah pisang akan menjadi anti penuaan yang membolehkan kulit anda menjadi lebih halus dan berseri.

2. Lemon
Jus Lemon merupakan ramuan penting yang digunakan dalam kebanyakan resipi di India. Namun, Lemon juga boleh diperolehi di kedai yang berhampran di negara kita. Khasiat Lemon adalah ia mengandungi Vitamin C yang berfungsi menjaga kulit anda untuk menjadi lebih cantik. Selain itu, anda boleh mengambil segelas air dicampur dengan madu dan sedikit jus limau pada setiap pagi kerana ia boleh membersihkan kulit. Oleh yang demikian kulit akan menjadi lebih segar dan sihat.

limau

3. Oren
Seperti yang kita ketahui, buah oren juga kaya dengan vitamin C kerana kemampuannya untuk memulihkan tekstur kulit manusia. Cara-cara nya adalah dengan menggosokkan bahagian dalam oren pada kulit anda untuk menyuburkan kulit anda. Selain itu, oren juga boleh dikeringkan menjadi tepung dimana ia boleh digunakan sebagai penyuci semulajadi. Di samping itu, oren juga memulihkan masalah kulit yang ketara.

4. Betik
Kelebihan buah betik adalah ia kaya dengan anti oksidan dan mengandungi enzim khas di mana ia mampu memunuh sel-sel mati dan menulihkan kekotoran yang ada pada kulit manusia. Caranya adalah membuat segelas susu betik atau menggunakan isi betik yang disapukan pada kulit anda. Kesannya, ia akan membuatkan kulit anda lebih cantik daripada yang sebelumnya.

mangga

5. Mangga
Buah mangga juga memberikan manfaat kepada kesihatan manusia kerana mengandungi pelbagai khasiat. Buah mangga memberikan kesan yang positif kepada kulit manusia di mana buah tersebut kaya dengan vitamin A dan juga mengandungi anti oksida. Oleh yang demikian, buah mangga mampu melawan penuaan kulit serta mengembalikan keanjalan kulit.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :16201

4 thoughts on “5 jenis buah untuk kulit lebih berseri

  1. Pisang Pisang memang banyak manfaatnya. Kini, terungkap si pencuci mulut ini pun ternyata dapat menjadikan kulit kita lebih sehat dan halus. Karena buah ini mengandung vitamin C dan gula, ia baik bagi kulit dan rambut. Jika Anda tertarik dan ingin mencobanya, sebaiknya Anda memilih pisang yang benar-benar matang, tapi jangan pula terlalu matang sehingga kecoklatan.

  2. Jemur kulit pisang mas lima buah sampai kering lalu tumbuk hingga menjadi serbuk. Tambahkan satu butir telur ayam yang diambil kuningnya dan satu cangkir air bersih, aduk merata. Oleskan pada rambut.

  3. buahan mempunyai banyak zat dan vitamin yg bagus untuk kesihatan kita. kulit pisang boleh disapu pada kulit untuk mencerahkan lagi kulit kita. vitamin c bagus untuk kulit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam