Sejenis lagi sayuran tradisional yang telah saya temui di Pasar Tani Putrajaya. Menurut penjual tersebut, sayur ini dikenali sebagai pucuk Setangki. Memang saya pernah mendengarnya sebelum ini tetapi ini pertama kali melihatnya. Rujukan tentang sayur ini memang sukar ditemui kerana mungkin sayur jenis ini kurang dikenali atau kurang popular agaknya. Ada juga yang menggelarkannya sebagai keman air. Sekali melihatnya memang seakan keluarga pokok semalu. Saya tidak pasti bagaimana rasanya sayur ini kerana saya sendiri tidak tahu cara memasaknya. Walaupun begitu, saya rasa daun ini sedikit pahit kerana baunya mempunyai aroma seakan tumbuhan herba yang pahit.
Mungkin anda pernah makan sayur ini sebelum ini. Di harap anda boleh kongsikan cerita anda atau resepi masakan sayur ini kepada saya.
Number of View :47624
Fazlisyam,
pokok daun tangki atau setangki atau kangkung puteri adalh pokok yang sama. asalnya tumbuh dalam air sebab tu dia ada pelampung putih pada batangnya. Ibu saya ada menanam pokok ni di belakang rumah tapi pelampungnya automatik hilang sebab atas tanah dia tak perlu nak terapung. dimasak lomak cili padi dengan ikan keli salai atau udang memang sedap sebab bila dah masak berbau macam petai sikit….uiii sodap gilo…minggu lepas saya baru masak dengan udang, daun ni beli kat pasar malam di Taman Pelangi , Rawang.
Dulu arwah ibu saya cukup suka sayur ni, batangnya macam ada gabus yang perlu dibuang sebelum disiang utk dimasak.Ibu buat masak lemak cili pada dan rasanya macam makan petai.Saya suka sayur ni tapi dah lama saya tak jumpa.Mungkin di pasar-pasar tani ada dijual.
@anariah manan – memang sedap , ada bau macam petai sedikit , boleh buat ulam mentah makan dgn sambal kelapa
@anariah manan –
K.Ana…
klu x silap sya…cik Ani ade wat masak gulai tempoyak keman air ni…
rse cam petai…
salam,
pucuk tangkis kalau dimasak baunya macam petai. Rasanya tidak pahit. Biasa2 je. Saya rasa tangkis dengan turi lain. Turi yang orang india selalu masak buahnya yang panjang ataupun daunnya. Turi pokok tinggi. Tangkis hidup di kawasan berair dan berpaya.
Seperti pokok semalu daunnya kuncup. Kalau dimasak lemak cili padi memang sedap. Saya biasa juga makan dan masak pucuk tangkis.
Salam En. Fazlisham saya sedang mencari maklumat dalam
tajuk Tanaman Herba di Malaysia, saya dapat melihat pelbagai artikel cik Fazlisyam termasuk sayur ini yang biasa disebut setangkih atau keman air kerana tumbuhnya di dalam parit besar kawasan bendang padi di kawasan Parit Buntar dan Tanjung Piandang Perak. Baunya macam jering selalu dimasak lemak putih campur udang ,memang sedap macam pucuk turi atau geti.rupanya macam daun semalu dan batangnya macam kangkung itulah yang saya tahu tentang sayur ini .
Kata ibu ( orang utara) ni pokok keman ayag. kata babah (orang N9) ini pokok ‘tangki’ sebab ada pelampong putih di batang dan boleh terapung. Orang utara selalunya buat ulam dengan mencelur pucuk keman ayag ni atau buat masak lemak. Mak wan N9 pulak selalu masak lemak cili api dan kadang kadang rendang dengan ikan bilis. Rasanya macam petai. Tapi saya pernah tengok di Thailand, pepagi lagi gadis-gadis cantik dah duduk bersimpuh makan mentah mentah pucuk keman ni. Mungkin ada khasiat untuk awet muda.
saya sedang menerokai natural farming…dlm buku NF jab pertanian ada menyebut mengenai pokok tangi a.k.a pokok keman air..lalu saya google dan jumpa bloq encik. terima kasih…. ini rupenya pokoknya memang banyak kat tepi kolam di kebun saya.
Menurut buku panduan natural farming pokok ini digunakan dalam cara kawalan penyakit bagi penyakit virus. 10kg pokok keman air + 4kg gula merah +35% alkohol(tuak)atau cuka peram selama seminggu.
bplehlah saya mencubanya untuk rawatan pokok dragon fruit saya. 😀
sedap wt ulam, rasa lemak, mcm petai pon ada, dulu byk kt kolam..
Sayur tangki, semakin pupus, betul masak lemak putih, masa kecil pernah makan, dah dewasa ni pernah nampak pokok dlm parit belakang kem, tapi dah dibersihkan tak tumbuh lagi.
Salam
Saya ingin mendapatkan benih setangki yang mempunyai pelampong. Jika ada, pm saya di 012 669 7271. ????? ??? ???