Semenjak saya menulis Blog lebih dari 2 tahun, pelbagai kiriman email yang datang.. Pelbagai soalan yang saya terima.. Ada yang boleh di jawab, saya akan terus jawab. Tetapi kalau soalan yang memang mencabar, saya terpaksalah menangguhkan dahulu dan ada yang terus saya terlupa terus. Namun, sejak akhir ini, saya tidak mempunyai kesempatan untuk menjawab ke semua persoalan.. Jadi sempena nak masuk tahun baru ni, saya memohon maaf sekiranya anda menanti jawapan yang tak berbalas dari saya.
Oleh yang demikian, beberapa soalan sempat saya copy&paste dari email saya untuk tatapan para pembaca yang budiman. Harapan saya, andai ada di kalangan kita yang memang tahu atau ada pengalaman mengenainya, bolehlah bantu saudara kita yang ingin mengetahuinya.
Buat pengetahuan encik fazli , saya masih terlalu baru dan sedang belajar mendalami bidang pertanian ini sebelum saya sepenuhnya menceburkan diri… saya amat berminat dalam projek tanaman serai tetapi kekurangan maklumat dan strategi pemasarannya sedikit kabur untuk saya fahami… seandainya encik fazli dapat berkongsi dan memberi sedikit tunjuk ajar kepada saya bagaimana harus saya memulakan langkah bagi projek tanaman serai ini amatlah saya hargai… saya memerlukan tunjuk ajar dari mereka yang berpengalaman sebelum saya sepenuhnya mampu berdiri sendiri dan memulakan langkah seterusnya. Kiriman: aswadazreen @ yahoo.com.
Saya ingin meminta tolong dari en.fazlisham berkenaan pertanian.. saya nak tahu lebih lanjut tentang pokok delima iaitu dari pembenihan, penanaman, penjagaan serta penyakit.. saya berminat untuk membuka ladang delima.. saya baru bercadang untuk membuka ladang delima ini di kuala nerang kedah.. buat masa sekarang ni saya masih dalam proses research maklumat untuk tanaman delima,limau dan betik secara komersial kerana saya mendapati pasaran tanaman ini boleh pergi jauh. Kiriman:an_serame@yahoo.com.my
Sdr Fazlisyam, Jika sekiranya kumpulan petani di kg Kundasang Ranau, akan melawat kestesen Mardi Comeron Highland nak belajar dan melancung kat sana, berapa agaknya belanja satu orang, sampai kesitu. Adakan kami perlu membuat tempahan tempat atau disebaliknya, agak2 10 orang petani yang minat menanam anggur dan epal. Ada potensi tenaman ini dipasar disabah.. Kiriman: madilijakir @ yahoo.com
Saya ada satu permasalahan, saya ada menanam pokok brocolli dalam pasu. Pokoknya subur dan sudah berumur 4 bulan. Tapi belum lagi mengeluarkan hasilnya. Sy memohon agar tuan boleh memberi pendapat atau tips untuk mendapatkan hasilnya. Kiriman: maimon.abdkarim@gmail.com
Number of View :8860
Salam Sdr. Aswad!
Pertama: Tentukan serai jenis apa yang dikehendaki di pasaran di tempat Sdr: Serai wangi untuk kosmetik atau serai makan yang terbahagi kepada beberapa jenis yg diperlukan oleh pasaran:
Pasar basah: Johor Bharu – 80% serai peha ayam 20% serai kampung
Melaka: 60% serai peha ayam. 30% serai kampung dan 10% serai Australia (khas untuk kilang yang membuat makanan)
Selangor: Campur-campur (asal ada serai)
PERINGATAN: JANGAN TERJEBAK DENGAN LADANG KONTRAK YANG TIDAK DIKETAHUI PENGUSAHANYA, SETENGAH MEREKA CUMA JUAL KURSUS DAN JUAL BENIH SAHAJA. (BUKAN BOHONG ATAU ANDAIAN – WAK SENDIRI DAH KENA, KAWAN WAK PUN DAH KENA)
kalau nak mula berjinak cuba jumpa toke pasar ditempat sdr dulu, nak serai apa? Biasanya toke pasar akan cakap – lu atau u tanam dulu la! (maksud: tidak ada jaminan dari mereka) Jgn desak toke sebab nanti dia potong harga.Patut RM1.50/kg dia tekan sampai RM0.80/kg (biasa tu)
Kalau dah pasti pasaran jenis serai apa dan berapa harga nak jual, sila hubungi wak semula.
TQ
Waksudin
hi , dalam berapa lama pokok kelapa mengeluar hasil ?
salam..
saya dikehendaki membuat assignment mengenai tumbuhan ‘pisang kera’.
saya dapat tahu mengenai tumbuhan ini dari seorang yang sangat berpengalaman mengenai herba. Mengikut kata beliau tumbuhan ini terdapat di sekitar kawasan USM dan boleh digunakan untuk merawat bengkak di telinga.
walaubagaimanapun, info mengenainya sukar untuk ditemui kerana tidak banyak kajian dijalankan. Saya amat berbesar hati sekiranya sesiapa dapat membantu saya dalam mendapatkan info2 yang boleh dipercayai mengenai tumbuhan ini.
Sekian terima kasih.
Salam,
Mengapa cili api bila ditanam secara fertigasi jangka hayatnya tak panjang, perlu penjagaan yang rapi dan kos yang tinggi
Saya mula menanam awal Julai 09, memetik hasil hujung Septemper ( banyak pokok yg mati antara masa itu) berbuah dalam tempoh tak sampai 2 bulan
Pokok yang ditanam atas tanah boleh hidup bertahun tanpa perlu pengawasan yang rapi
Jadi orang diluar sana, jangan cepat tergoda
Oleh kerana saya sudah ada alatan fertigasi ini, tanaman apa yang sesuai dan bolehkah saya gunakan polybeg yang lama
Cik Siti saya cadangkan supaya cik siti gunakan polybag lama untuk menanam terung, kerana terung senang penjagaan jika dibandingkan dengan cili. Kerana cili sangat cerewet sikit, terutama jika cik siti menggunakan sabut kelapa yang sudah digunakan. Jika tidak dicuci dengan detol dengan betul cili akan mudah terkena penyakit.
Tapin pokok terung agak lasak juga.
salam. dimana saya boleh dapatkan biji benih rock melon sekitar lembah klang atau di perak?
salam.sy tanam limau purut tp daunnye kerinting terus.cm ner nk buat ye.racun serangga jenis pe perlu sy gunakan .tlng sy selesaikan masalah nie