March 27, 2025

Halia (Zingiber officinale) dikenali sebagai “tanaman emas” kerana pulangan ekonomi tinggi yang dihasilkan. Ia banyak ditanam di Asia Tenggara dan Asia Selatan, terutamanya di India, China, dan Thailand. Minat terhadap halia semakin meningkat berikutan permintaan tempatan dan global untuk penggunaannya dalam masakan, ubatan, dan produk kosmetik.

Walaupun berpotensi tinggi, pengeluaran halia sering terjejas akibat serangan penyakit. Jangkitan patogen boleh memusnahkan sehingga 100% hasil tanaman jika tidak dikawal dengan baik (Dohroo, 2005). Oleh itu, pengetahuan mengenai penyakit halia dan langkah kawalan yang berkesan amat penting demi menjamin produktiviti tanaman.

*Penyakit-Penyakit utama halia yang kerap merebak luas di kawasan pengeluaran halia, antaranya termasuklah:

1. Rhizome rot – disebabkan oleh patogen Pythium spp., Fusarium spp., dan nematod. Gejala utama termasuk reput pada akar dan rizom, daun menguning dan layu, serta pertumbuhan terencat (Le et al., 2014).

2. Bacterial wilt – bakteria Ralstonia solanacearum menyebabkan layu keseluruhan pokok bermula dari pangkal daun ke hujung daun. Cecair putih keluar dari batang dan rizom apabila dipotong (Dohroo, 1991). Jangkitan bakteria ini pantas dan boleh melayukan pokok dalam 2-3 hari. Tiada rawatan berkesan selepas jangkitan, terpaksa musnahkan pokok

3. Soft rot – jangkitan Pythium spp. yang sama dengan rhizome rot tetapi lebih pantas mereput dan melembikkan rizom, batang, dan daun halia (Sharma & Dohroo, 1990). Rawatan kimia dan biologi boleh mengawal kulat ini.

4. Leaf spot – kulat Phyllosticta zingiberi dan Colletotrichum spp. menyebabkan bintik kehitaman dan nekrotik pada daun yang merebak dengan pantas (Gupta & Kaushal, 2016).

5. Storage rot – pelbagai kulat saprofit menyerang rizom semasa penyimpanan selepas tuai dan mereputkannya sebelum sempat dibekal ke pasaran (Dohroo, 2001).

Kesimpulannya, penyakit halia boleh mengancam produktiviti tanaman dan merugikan petani. Langkah kawalan bersepadu seperti amalan agronomi betul, kawalan biologi, kimia, dan penanaman benih yang bebas penyakit amat penting

Number of View :465

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam