Kunjungan ke Taman Pertanian Sabah sedikit sebanyak menemukan saya beberapa spesis baru yang jarang atau tidak ditemui di Semenanjung Malaysia. Benarlah kata orang tua-tua lama-lama. Semakin jauh kita berjalan.. kita rasa semakin banyak kita belajar.. namun hakikatnya semakin banyak lagi yang kita tidak ketahui.. Ilmu yang ada pada diri kita sebenarnya diibaratkan sebagai sebesar biji sawi.. terlalu kecil dan terlalu sedikit….tazkirah la pulak ! Jadi TIDAK usahlah kita kedekut ilmu !! Biarpun ilmu kita ada 1 tetapi jika dimanfaatkan kepada 1,000 orang, sudah tentu banyak ganjarannya. Betul tak Ustaz Akhil Hayy?
Kabal Madu atau nama saitifiknya Willughbeia angustifolia merupakan tumbuhan yang menjalar dan memerlukan pokok tumpangan yang tinggi bagi pokok ini membina kanopinya sendiri. Ia berasal dari Borneo dan juga dikenali sebagai pokok Serapit. Sekali pandang memang saya sendiri tidak perasan bahawa pokok ini merupakan pokok menjalar. Ini kerana kanopi pokok ini terlalu rimbun sehingga menutupi pokok tumpangan.
Beginilah rupa buah yang sudah masak dan boleh dimakan begitu sahaja. Namun, hati-hati dengan getahnya. Buah ini merupakan sejenis buah yang mengeluarkan getah pada kulit dalamnya. Kalau sudah terkena isi, rasanya tentu kurang sedap.
Anda yang berada di Sabah sudah tentu pernah lihat buah atau pokok ini tetapi kepada anda yang berada di Semenanjung, pernahkah anda temui pokok ini di halaman rumah kampung anda?

tq saudara…..sye x pernah lihat lg pokok n buah ini….klu ada lg info…blh laa kongsikan yaa…..rasa buah ni mcm mne? masam ke manis
thanks for your knowledge. saya belum pernah sampai kesana..hope 1 dy. who knows
apa tanaman yang u usahakan ye….skala besar atau kecil…
kalau u ada info pasal gaharu bagus gak.leh kita kongsi idea.
Kalau tengok daripada luar macam buah mangga je….tapi kat dalam…tak pernah tengok lagi buah nie.
salam, tkasih atas infomasi sdr moga usaha sdr dl menyampaikan sumber informasi sebeini mendapat berkat drpNYA.
Klu blh info manafaat/kelebihannya.
TK
izad anak nogori
Salam.Waahhh saya sangkakan buah mangga.Mana nak dapat benihnya ye?Bolehlah tanam bersama markisa di antara kolam-kolam ikan saya di Johor.
saudara, wow, saya yang berasal dari sarawak pun tak pernah tengok buah ni. terima kasih kerana share something macam ni.
terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu..
salam…
sy pernah g cne…
mmg ade buah tu kat cne..
1st time tgk mmg x tau bleh mkn..
saudara ade mkn buah ajaib x…
bla kte mkn buah tu..
buah yg masam leh jd manis…
hehehee..
try ler..
smua ade di taman pertanian tenom…
besstttttttttttt…
TQ FOR SHARING WITH US. KALAU ADA TUMBUHAN YG PELIK2 JGN LUPA SHARE DENGAN KAMI YA.
buah ni xpernah dengar dan lihat
salam.TQ 4 info.buah ni nampak macam ada rahsia & khasiat tersendiri,jika tahu khasianya mungkin buah ini boleh di komesialkan.?? kodial kabal madu..hehe
Maaf saudara ,saya sendiri belum pernah lihat buah kabal madu ini malah tiada di jual di pasar2 tamu sepengetahuan saya.tapi ada satu buah yang sungguh enak yang di panggil buah Tarap yang tidak pernah ada di semenanjung.Ianya seperti cempedak tapi isi nya kecil.Lebih manis dari cempedak dan menjadi kegemaran kaum kadazan dusun di sana.
Sorry Syam. Saya tak pernah jumpa buah ini. Ini rasanya buah-buahan liar yang ditanam semula di Taman Pertanian Sabah. Buah ini mungkin masih boleh dijumpai di kawasan hutan di kampung-kampung atau pedalaman Sabah.
as`kum
terima kasih atas email saudara.saya telah melihat blog saudara mengenai buah kabal madu.agak aneh dan saya akui blum pernah melihatnya.walau bagaimana pun jutaan terima kasih krn berkongsi info ini dgn saya.
Salam fazli, sorry mmg dah lama tak melawat laman anda. nampak buah tu kalau tak masak seperti mangga epal tapi kalau masak nampak macam buah setul (maaf kalau saya salah beri perbandingan). Fazli macam mana saya nak melawat ladang buah2an teringin sangat2. salam .
Ada yg tanya saya.. sedap ke buah tu?
Maaflah.. saya sendiri dah lupa rasa sebenarnya.. sebab masa melawat ke sana.. macam-macam buah yg saya cuba rasa.. kalau tak silap rasanya lebih kepada rasa masam-masam manis… tapi seingat saya memang sedap juga sebab dia ada rasa tersendiri..
Rupanya Malaysia ni banyak lagi tumbuhan yang boleh dimakan yang kita tidak pernah dilihat
kalau namanya madu, tentu rasanya manis atau pun pahit, macam orang bermadu.
ini macam buah dua sebilik aja nampaknya.
tq, kalau dari luar nampak macam buah mempelam, rupanya sidalam nya nampak lain. rasanya macamana? kenapa le buah ni tak sampai kesemenanjung
ye la en syam n sahabat2 diluar sana, kalau sebelah utara bentuk buahnye macam buah setul. tapi pokok setul tu besar, en syam bagi tau macam mana sy boleh dptkan benih kabal madu ni
Sdr Fazli, saya memang kenal buah ini. Malangnya sekarang ini amat susah di dapati. Ianya buah liar, sejenis tumbuhan menjalar/memanjat pada perumah (pokok tumpang), buah rasanya kelat bila mentah/muda tetapi akan berasa manis bila masak ranum (ada merah oren ada juga berwarna oren kekuningan). Rasanya kawasan pedalaman Miri, Limbang, Sipitang, Beufort dan kawasan Kalimantan Indonesia masih wujud meliar buah ini. Terima kasih kerana membantu saya mengimbau semula buah-buahan seperti ini.
buah ini dipangil serapit… cuma buah ini jarang ditemui sekarang. di zaman 70-80an banyak di kampung saya sebelah papar tapi sekarang tak pernah jumpa baik d pasar mahupun di tamu.
slm semua. saya pernah mkn buah ni. sedap dan manis. kulit buah ni pun boleh wat jus. bukan isi je dapat mkn malah kulit gak. org cakap bboleh kurangkan panas n bagi baNYAK VITAMIN.ia sejenis buah2an hutan dan jarang jumpa la. tq
kalau ada maklumat lain yang menarik teruskan posting dlm blog. manalah tau kalau ke sana boleh cari buah ni..TQ
macam buah mempelam……buah ni dah pupus ke kat malaysia???
Hmm mang byk spesis tumbuhan di Taman Pertanian Tenom.. saya pun first time nampak buah kabal madu ne.. nene
Terima kasih sdr kerana sudi berkongsi ilmu. Tak pernah saya jumpa buah kabal madu/serapit ni. Sungguh menarik. Subnalallah, nampaknya endless species buah nadir di bumi kita ni. Tambah satu lagi dalam senarai koleksi yang saudara usahakan.
Keep up the excellent effort and may God bless you. Selamat menyambut Hijrah 1431 dan tahun baru 2010.
A’skum sdra Fadli. terima kasih kiriman email sdra. Tahniah atas ilmu yang sdra kongsi bersama. Moga banyak lagi ilmu yang kita boleh kongsi bersama.
slm..mmg best info2 berharga dari saudara..tq very much…
cayalah bro, mati-mati saya ingat buah mangga epal td, tp bila tgk gambar bawah rupanya tipah tertipu
heheehee…..
thanks bro on the info
tak pernah jumpa pun di kuching.ingin nak makan hehehe
CANTIK BUAHNYA MACAM BUAH MANGGA JE! X PERNAH
TENGOK.SEBELUM INI, NNTI MAHU DICARI KALAU KESANA.
salam semua,
namanya tak pernah dengar,makan jauh sekali.
The info saya dapat dari laman ini memang bagus untuk general knowledge.
Sekurang2nya kita dapat tahu akan kewujudannya dan lihat gambar sekali.
TQ
selama saya hidup di muka bumi ALLAH ini belum lagi saya lihat secara berdepan. Terima Kasih
pkok ni tumbuh kt sbah je kn???? leh bgtau kt kwsn mne???????
kat terengganu ada juga, namanya buah oren. masa saya kecil dulu ada tumbuh menumpang di pokok duku rumah makcik kat kampung beladau kolam, kuala terengganu. pernah makan sekali je, manis. sekarang dah xde & xjumpa, pokok duku pun dah tebang. pernah tanya sepupu, dia royak susah nak jumpa sekarang. teringin nak rasa kemanisannya, orang ganu kite @ admin ada info?
sexy pong baru kali ni kelih buwoh ni.
Surapit atau serapit buah ini isinya masam-masam manis, dulu-dulu memang ada tumbuh liar di hutan tetapi sekarang
sukar sudah menjumpainya.
Saya suda kumpulkan lebih kurang sepuluh jenis Kubal lain.
Ada yang besar, ada yang kecil. Ada lagi yang punya daging putih, lain dapat orange. Bentuk jenis-jenis pun lain: yang paling manis adalah Kubal tusu (Iban), bentuk avokat, ini pun dapat dua jenis: daging putih dan daging orange. Boleh tengok gambar-gambar contoh di halaman saya di bawah Sample Photos by Genera/ Willughbeia
Salam
Frank
Di tempat saya, Sarikei, Sarawak memang banyak buah ni yang lebih dikenali dengan nama buah kubal. Buah kubang ni memang banyak jenis, yang dlm gambar tu merupakan kubal madu. Rasanya sangat manis walau pun masa dibuka agak bergetah. Buah yang muda juga boleh dimakan bersama garam. Antara jenis lain ialah kubal susu dan yang paling besar dan jarang didapati ialah kubal arang. Masih banyak dikawasan hutan atau temudak iaitu kebun buah-buahan tradisional.