Projek Tanaman Limau Madu

Projek tanaman limau madu ini terletak di Bendang Jelulok, Ayer Lanas, Jeli, Kelantan. Apa yang menarik ialah, Projek ini telah diusahakan oleh Pengusaha ladang yang berusia 87 tahun. Kalau tak percaya, gambarnya ada di bawah ni… Kegigihan beliau memang saya kagumi. Bukan calang-calang orang yang tabah sebegini. Orang muda sekarang pun belum tentu lagi sekuat pakcik ini.

Beliau telah memulakan projek ini pada tahun 2001. Klon yang di tanam ialah jenis Limau Chokun yang dikatakan berasal dari Thailand. Luas projek tanaman limau pakcik ni ialah 1 hektar. Hasil limau beliau mencecah 10 metrik tan. Pakcik ni berkata beliau menjual pada peraih pada harga antara RM2.20-RM2.50/kg. Daripada apa yang dilihat hasil untuk tahun 2008 dijangka mencecah 20 metrik tan. Pakcik tersebut juga ada memberitahu beliau ada menggunakan sejenis baja yang menggalakkan pengeluaran bunga yang banyak dan hasil yang tinggi.

Lihatlah limau ini…. Buat pengetahuan anda, Beliau telah tercalon dalam Pertandingan Hasil-hasil Pertanian Sempena Hari MAHA dan HPPNK Peringkat Kebangsaan 2008.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :9478

9 comments

  1. 1. Kesesuaian tanah, soil studies dulu baru pikir nak tanam apa ATAU pilih jenis crop, baru condition tanah.

    2. Jangan main pilih je tanaman semata-mata hasil, buat kajian, pergi tgk ladang org, jgn 100% percaya apa2 nasihat yang diberi, walaupun jabatan yang beri (anggap sebagai guideline, make sure common sense, solid knowledge and practical apa2 keputusan diambil)… business plan memang nampak cantik, realiti tak seindah dalam kertas. Tiap2 ladang adalah unik dan masalah mungkin berbeza, begitu juga cara mengatasi masalah. Jadikan segala pengalaman panduan, jangan lokek ilmu. Kena ingat…. semua orang akan highlight usahawan pertanian yang berjaya… dari 1 yang berjaya… mungkin 9 yang lingkup.

    3. Harap semua berjaya… jadikan Malaysia self sufficient in terms of food security.

  2. saya setuju ngan alex. Keadaan tanah seperti tahap keasidan dan kandungan unsur di dalam tanah akan menjadi faktor utama kepada jenis tanaman yang sesuai.

    Sekiranya faktor ini tidak diambil kira kita mungkin akan gagal dalam setiap usaha. Sebagai contoh tanah di tapak yang akan saya dan rakan-rakan usahakan mempunyai tahap keasidan sehingga 5ph. Oleh itu kami akan cuba turunkan PH tersebut ke tahap 6 agar ia boleh disesuaikan dengan berbagai jenis pokok.

    Keadaan tanah pula, cukup peroi dan gambut. Kandungan air di dalam tanah juga tinggi kerana berhampiran sungai. Penggunaan Kapur Pertanian diharap dapat mengurangkan PH tanah tersebut.

  3. Memang Amir pakar dalam bidang kesuburan tanah ni.. Mesti dah banyak buat projek petanian..

  4. mmg setuju dgn pandangan anda semua tapi paling penting dalam projek pertanian semangat sgt penting sebab modal dan teknik kita boleh perolehi dimana-mana malangnya semua ini tak akan berguna kalau semangat tak sekuat macam atok kita yang dah berjaya tanam limau tu..sorry to say orang kita banyak berangan sebelum hasil sedangkan pertanian bergantung kepada cuaca dan rezeki memandangkan timing hasil dan permintaan mestilah selari jikalau tidak ada hasil tak der duit sebaliknya ada demand tak der bekalan so ground work dan pengalaman pun penting..

  5. saya ada menyertai (ie beli kebun limau madu & pisang kaki-persimmon) projek DAMAI di Lojing Gua musang 4 tahun lalu. Dapatlah merasa hasilnya sekali saja. kemudian developer (DAMAI) kata pokok limau madu sudah kena serangan virus dan telah lupuskan semuanya. Mereka gantikan dengan pokok longan pulak. tak tahu apa jadi dengannya sekarang sebab sudah lama tidak buat trip ke Cameron/Lojing.

  6. Sila emelkan kepada saya alamat lengkap dan no. telefon pengusaha limau madu Bendang Jelulok, Jeli, Kelantan

    Terimakasih

  7. salam..en. fazli,
    ada tak maklumat mengenai pokok ‘pearl bali’ atau bali mutiara..adakah ia sejenis pokok limau atau bukan..apa khasiat dan kegunaannya dlm bidang perubatan..ada yg claim, extract dr buah ini boleh digunakan dalam rawatn anti-cancer..minta maklum balas ye.. tq..

  8. Sila emelkan kepada saya alamat lengkap dan no. telefon pengusaha limau madu Bendang Jelulok, Jeli, Kelantan

    Terimakasih . Kerjasama anda amat dihargai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam