Projek Tanaman Limau Madu

Projek tanaman limau madu ini terletak di Bendang Jelulok, Ayer Lanas, Jeli, Kelantan. Apa yang menarik ialah, Projek ini telah diusahakan oleh Pengusaha ladang yang berusia 87 tahun. Kalau tak percaya, gambarnya ada di bawah ni… Kegigihan beliau memang saya kagumi. Bukan calang-calang orang yang tabah sebegini. Orang muda sekarang pun belum tentu lagi sekuat pakcik ini.

Beliau telah memulakan projek ini pada tahun 2001. Klon yang di tanam ialah jenis Limau Chokun yang dikatakan berasal dari Thailand. Luas projek tanaman limau pakcik ni ialah 1 hektar. Hasil limau beliau mencecah 10 metrik tan. Pakcik ni berkata beliau menjual pada peraih pada harga antara RM2.20-RM2.50/kg. Daripada apa yang dilihat hasil untuk tahun 2008 dijangka mencecah 20 metrik tan. Pakcik tersebut juga ada memberitahu beliau ada menggunakan sejenis baja yang menggalakkan pengeluaran bunga yang banyak dan hasil yang tinggi.

Lihatlah limau ini…. Buat pengetahuan anda, Beliau telah tercalon dalam Pertandingan Hasil-hasil Pertanian Sempena Hari MAHA dan HPPNK Peringkat Kebangsaan 2008.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :9763