November 14, 2024

limau-telur-buaya

Di Malaysia sememangnya terdapat kepelbagaian jenis limau. Dari sekecil limau kasturi sehingga sebesar limau bali. Ada lagi kecil dari limau kasturi sebenarnya, kalau memang tak silap orang panggil limau kiah. Manakala limau yang paling unik bagi saya ialah limau kuku rimau. Tetapi terdapat lagi sejenis limau yang saya terjumpa gambarnya dalam koleksi simpanan saya. Saya rakamkan gambar Limau Telur Buaya ni semasa melawat sebuah sekolah di Penang. Tetapi sayang, buahnya tiada. Daripada namanya kemungkinan buah limau ini sebesar telur buaya agaknya.

Bagi yang menetap di Penang atau di mana sahaja, pernahkah anda mendengar nama Limau Telur Buaya ini. Di harap dapat kongsikan cerita anda. Tak dapat cerita tentang limau, cerita pasal telur buaya pun oraittt juga..

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :48450

34 thoughts on “Limau Telur Buaya

  1. Limau telur buaya? tak pernah dengar, tapi kalau yang bujur , mmg ada kat hulu paka. saya lupa namanya. tapi rasa tu citrus medica. try en fazlisyam call en zul salleh.

  2. Salam…limau ni banyak kat kampung mertua saya di baling,kedah.panggilan pun sama jugak limau telur buaya.selalunya di buat acar limau.memang best.sedap.lain-lain resipi atau petua untuk limau ni tidak diketahui.saya akan cuba bertanyadengan orang lama berkenaan khasiat buah ini.

  3. salam…setakat ini tak pernah dengar lagi tentang limau ni..
    mungkin sebutan nya berbeza mengikut tempat

  4. maaf, nak habaq khasiat limau kiah katanya akar dan batangnya direbus untuk diminum bagi orang yang kena stroke dan juga pengalaman bila kepala rasa berat makan buah limau kiah yang masak reda rasanya.

  5. Buat masa ni saya belum pernah dengar nama limau telur buaya dantak pernah tengok pun macam nana buah nya mungkin di tempat saya dipanggil dengan nama lain.Kalau ada gambar boleh le buat bandingan

  6. saya pernah tengok dan makan buah limau ni..mmg bentuknya bujur dan besar mcm telur buaya..biasanya dibuat acar buah bersama bahan2 lain..

  7. inilah kali pertama saya mendengar limau telur buaya…apakah keistimewaannya limau ni ye..air limaunya sesuai untuk diminum atau sebagainya…klu sesiapa yang tahu sila terangkan……terimakasih

  8. Salam semua apa yg saya tahu limau ni selalu mak saya buat acar limau kalau buah dia muda. Buah yg dah masak pulak buat gosok badan masa mandi untuk wangikan badan

  9. Salam..
    Tumpang mencelah……kami pun panggil limau telur buaya gak…bentuk buahnya seakan buah lemon & saiz pun lebih kurang lemon tapi warnanya hijau.Sbb kulitnya agak tebal ,lebih sedap dijadikan acar limau samaada buahnya dijeruk terlebih dahulu @ jika ingin kulitnya kekal bewarna hijau yg menarik walaupun telah dijadikan acar,mak kata mesti rebus dlm periuk tembaga.Kalau limau nipis mesti rebus dgn daun senduduk@ jambu batu untuk kurangkan pahit kulit limau,tp liamau ni xyah tambah daun tu sbb kulitnya x sepahit limau nipis…tq

  10. wah.. menarik catatan chah. pertama kali dgr nama limau yg pelik ni. tak tahulah di Sabah ni adakah tidak.. tapi memang tak pernah dengar sebelum ni. terima kasih dgn info yg diberikan. kalau ada gbr buah limaunya tentu lebih seronok, sebagai bandingan atau contoh. beruntunglah yg pernah nampak dan merasai acar limau telur buaya. hihi.. sy telan liur je..

  11. Salam Sejahtera….

    ni kali pertama sy dgr nama limau kiah…. kat mana boleh sy cari limau jenis ni???? dan apa khasiatnya?????

  12. Saya pun baru dengar namanya. Mungkin di tempat saya namanya lain. Tarpi kalau tengok pokoknya macam pernah tengok kat kampung saya. Teringin nak tengok buahnya dan nak rasa acar limau ni.

  13. Sejahtera sume..saya pun xpernah dgr nama buah ni, mgkn jg pggl nama len kot tapi ape yg chah ckp tu lbh krg mcm nenk sy ckp pasal 1 buah limau tu. sy pun x igt ape nama buah limau tu. nek ckp kalu nk wat acar buah, buah limau tu msti di jerukkan dalam tempayan @ pasu tanah, baru sdp rasenye n blh tmbhkn shelf life dia. kulitnya tu x rase pahit, sdp jek. tapi memg org2 kg sy suke order kalu nenek sy wat acar buah. sdpppp..ape2 pn tq atas info ni, kalu ade sape2 leh post gmbr limau ni blh knl buah limau telur buaya ni. tq

  14. Limau telur buaya….lima ni mak saya akan jeruk dengan garam dan bila cukup masa pemeramannya akan di buat acar limau…sedap sangat.

  15. Limau ni lonjong, kulitnya licin berwarna hijau pekat. Airnya banyak dan masa saya kecik2 dulu, limau ni tumbuh subur di belakang rumah nenek. Kita orang selalu guna untuk gosok badan, cuci rambut dan yang gosok jari2 tangan dan kaki lepas balik menoreh. Maklum la, Oorang FELDA … Bau limau ni bila digosok ke badan akan meninggalkan bau wangi……sedap dibuat jeruk dan acar…..Limau ni sekarang sukar dicari……

  16. assalamualaikum. saya pernah tanam pokok limau itu. memang sesuai untuk buat air. tapi pokok tersebut dah tiada. saya dapat benih tersebut ketika belajar di tanjung malim dulu.

  17. Berkenan limau telur buaya pernah saya dengar tentang khasiatnya untuk penyakit gaout akan tetapi tidak tahu keberkesanya.
    Walaubagaibagaimana pun apa yang saya amalkan adalah air rebusan 10 helaian daun pandan bersama 2 liter air.
    Caranya rebus 10 helai daun pandan bersama 2 liter air mineral. Setelah mendidih pelankan api kecil sekali lagi 30 minit.
    Setelah sejuk minum air tersebut. Jadikan amalan bagi mengurangkan urik asid. bagi saya ia amat sesuai entah pula bagi orang lain.
    Petua ini saya perolehi dari seorang sei sei berbangsa cina.

  18. pertama kali dengar nama ; apatah lagi melihat pokoknya. mana bolih dapat benihnya.

    t.kasih Aby Cop ; petua minum rebusan daun pandan. lama dulu ada juga kaum cina syurkan minum air rebusan daun pandan utk sakit lutut dan sendi.

  19. saya pun tak pernah dengar nama nih. wah boleh digunakan sebagai ubat gout ye… rasanya kalau limau buat acar tu pernah saya lihat ..tak tau pula namanya limau telur buaya. Limau bali tu taule.. sedap cicah dgn cili burung, kicap, gula dan sedikit belacan.. terutama yang warnanya kemerahan sedikit tu…Daun pandan pun banyak gunanya kan.. kalau kereta saya naik masam(stale) saya selalu koyak2kan daun pandan untuk hilangkan bau.. sangat berkesan.

  20. @nuri – Saya baru tahu nama limau ni tapi saya selalu guna. Klau limau nipis takde saya just petik je limau ni utk dicampurkan kedalam sambal belacan. Untuk lebih sedap lagi parut sikit kulit limau ni utk dicampurkan dalam sambal tu. Kata mak saya untuk mengurangkan bau badan bila berpeluh. Kat rumah mak saya di kampung masih ada lagi. Mak saya juga selalu membuat acar buah (campur limau telur buaya) terutama bila menjelang Ramadhan.
    Lagi satu boleh tunjukkan gambar pokok & buah limau kiah. Kot-kot tempat saya nama lain.
    Kalau limau inai (cutex) saya tanam as bonsai je.

  21. Betul buah ni banyak kat Baling Kedah..disana mula2 saya tengok buah ni. Besar dan bujur buahnya berwarna hijau pekat. Memang sedap buat acar sebab isinya tebal dan kenyal. Mak buat acar dan saya yg jual memang laku terutama di bulan puasa…

  22. Askm.untuk pengiat2 herba dan tumbuh tumbuhan tanahair. Saya baru menanam limau telur buaya sebanyak 5 pokok 2 tahun yg lalu.Anak pokok2 tut tersebut saya beli di MAHA Serdang 2008 dari seorang pengusaha nuseri Melayu dari Perak yg harganya agak mahal juga sekaligus di berikan 2 biji sampel segar.Memang ia berbentuk bujur panjang +- 3 inci atau lebih.Warnanya hijau berkulit nipis dan bersari saling tak tumpah spt buah limau nipis tempatan.Bijinya kecil dan saya berjaya mencambahkannya.Kini pokok2 itu dlm proses utk berbunga walaupun ia sukar utk dijaga.Menurut kata penjual pokok itu,spesis limau ini asalnya klon dari Taiwan dan banyak dilanggan oleh hotel2 kerana bentuknya yg unik dan tahan lebih lama.Namun aromanya tak seharum dgn limau nipis di negara kita.TK. Wallahu allam.

  23. mungkin admin boleh cari limau kiah/ lime berry ni kat mana2… kat mini zoo kemaman pun ada tapi buahnya tak berapa nak lebat. macam mana ye cara penjagaan yang sesuai untuk memastikan buahnya lebat. pokoknya pun cantik untuk dijadikan bonzai

  24. ini pertama kali saya mendengarnya…klu dapat tengok yang betul lagi bagus…dimana saya boleh membelinya

  25. salam, limau nie selalu di buat acar,dulu(zaman kanak2) lepas main bola kat bedang @ padang,tapak kaki akan berwara hijau(maklumla pakai kaki ayam) .saya akn menggunakan limau telur buaya nie utk membersihkan warna tuu….,

  26. limau jenis ini boleh dibuat acar.besar sedikit dr telur itik.berbentuk bujur.saya menanamnya di tepi rumah.bila berbuah sangat lebat.pokoknya boleh mencapai ketinggian sehingga 4 meter.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam