Dahulu, Limau Kasturi Batik tidak berapa dikenali oleh orang kerana tidak banyak pengusaha benih atau nursery yang menjualnya. Kini, semakin ramai pengusaha benih yang menjualnya kerana terdapat permintaan di kalangan peminat tanaman pokok hiasan. Buktinya, semasa pameran MAHA2012 tahun lalu, ramai peniaga yang mengambil kesempatan menjual pokok ini.
Penulis mengenali pokok ini, lebih kurang 2 tahun yang lalu dengan panggilan pokok ‘orange variegated‘. Diketahui, asal usul pokok ini sebenarnya dibawa masuk dari Thailand. Bentuk daun dan buahnya yang berbelang hijau kuning membuatkan pokok ini menarik dan sesuai dijadikan tanaman hiasan. Sebahagian orang menggelarkan pokok ini dengan nama limau bola dan juga limau tembikai.
Penulis pernah cuba rasa jus dari buah ini, namun ia tidaklah sama seperti buah limau kasturi yang biasa. Mungkin juga buah tersebut masih lagi belum matang sepenuhnya.
Jika anda, ada pengalaman menggunakan limau ini dalam masakan atau minuman, bolehlah kongsikannya di sini.
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
Number of View :32545
sangat menarik bentuk dan rupa buah limau kasturi batik ini…terdpt sedikit perbezaan pada tekstur dalaman buah ini iaitu kulitnya lebih tebal dari limau kasturi yang biasa..bagaimanapun ianya mmg sesuai ditanam sebagai tanaman lanskap kerana sangat menarik..