February 7, 2025

Pokok Kedondong hutan adalah sejenis tanaman yang tinggi dan batangnya besar. Ketinggiannya boleh mencapai sekitar 20 -25 meter. Manakala batangnya sekitar 0.3 – 0.5 meter. Batangnya berkulit halus berwarna kelabu. Daunnya halus berpasangan, berbentuk majmuk dan tangkai daun sekitar 4 – 15 cm panjang. Bunganya keluar sebelum atau bersama dengan daun-daun muda di hujung ranting. Buahnya berbentuk bulat bundar.

Warna bagi buah yang telah matang, kecoklatan dan kadangkala seperti jingga. Bijinya agak halus dan berserabut.Buahnya sedap dimakan dan dibuat rojak. la bole dijadikan pokok peneduh. la juga mudah ditanam mana-mana. Dipercayai, kulit batang kedondoi kampung baik untuk menghilangkan cirit-bii Manakala daunnya pula boleh direbus diminum bagi melegakan batuk.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :14891

11 thoughts on “Pokok Kedondong

  1. ade tak apa2 figure, graph or statistic pasal kedondong kat malaysia. penting ni.. tak tau nak cari kat mane

  2. Kat tempat saya dipanggil buah amra….selain dijeruk,ada juga yang masak pajeri….saya pernah rasa,sedap juga…

  3. buah kedondong ni disukai oleh orang pompuan dulu-dulu yang mengandung kerana rasanya masam. Dalam filem P. Ramli ada adegan tu.

  4. slmat sjahtra sye nk thu di mana ada membekal benih nya di kwasan perak .sbb sye nk cuba mengusaha tanaman itu & harga nya……..

  5. di tempat saya ada 2 jenis kedondong, buah amra tu kami panggil kedondong siam. kedondong biasa ni buahnya bujur, besar sikit dari ibujari, rasanya masam kelat dan dijeruk, baru sedap dimakan, lebih kurang buah zaiton, mungkin spesis yang sama tapi pokok kedondong banyak tumbuh di tepi sungai.

    ada satu lagi, jenis buah ara yang kami panggil buah kepuk,warna buah hijau atau sedikit maroon,yang muda kami buat ulam, yang masak tak pernah pula orang makan. bila saya makan buah tin di luar negeri, saya teringat buah kepuk jadi bila saya jumpa buah kepuk yg masak,saya cuba makan,rasanya lebih kurang sama,cuma tak semanis buah tin(fig) di luar negeri, wallahu’alam. ada sesiapa biasa makan?

  6. salam,

    saya rasa gambar yang dipapar ini adalah buah kedondong moden yang pokoknya banyak boleh didapati dipasar tani. Pokok kedondon zaman dulu-dulu (hutan) berbeza sedikit kerana bijinya yang besar dan isinya yang nipis, masam dan bila digigit boleh memancutkan air liur. Banyak tumbuh ditepi hutan. Kanak-kanak dilarang makan kerana mungkin boleh menyebabkan sakit perut sehingga orang tua mengatakan buah ini makanan orang dalam ‘neraka’.. maka takutlah kanak-kanak untuk memakannya pada masa itu.

  7. pucuk kedondong ini kalau d buat kerabu ,nemang sedap
    betul ..terutama ornag suka ulam mengulam .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam