March 29, 2024
Pokok Ceraka adalah dari jenis yang men]alar dan melingkar. Berbatang bulat dan licin berwarna hijau dan tumbuh memai mudah ditemui di hutan Bentong pahang dengan gelaran Daun Jarak. Pada bahagian pokok ini batang, daun, bunga dan buah. Daun ceraka boleh ditemui dalam keadaan bersilang-silang. Hujungnya runcing dan rata. Daun Ceraka dikunyah lalu ditelan bagi menjarakkan anak. la juga boleh dijadikan ubat meroyan selepas melahirkan anak. Oleh itu, ia dikatakan boleh membersihkan dalaman perut. Ramai yang mempercayai daun ceraka boleh mengubati radang sendi terutama bagi penghidap penyakit reumatik iaitu sakit sendi. Bunganya pula adalah seperti corong berwarna putih keungguan. Buahnya kecil-kecil ketika muda serta berwarna hijau muda dan apabila telah tua ia akan bertukar warna kehitaman. Di kulit buah, ada semacam rambut yang agak pendek dan dihujung rambut seperti ada getah yang agak melekit. Akar Ceraka dikatakan beracun kerana boleh mengakibatkan keguguran. Ini boleh berlaku apabila akar dan daunnya dicampur dengan minyak kelapa lalu diminum. Akar ditumbuk dengan halia padi, telur dan Iain-lain lagi bagi tujuan penguguran. Oleh itu adalah dinasihatkan semoga penggunaannya mestilah dengan mengikut peraturan yang telah ditetapkan kerana apabila digunakan secara berlebih-lebihan, suhu ;badan akan meningkat. Sebagai contoh, apabila daunnya dilumatkan dan dicampur dengan minyak kelapa lalu ditampalkan di bahagian anggota sendi yang mengalami kesakitan, boleh dilihat pada kulit akan muncul gelembong seperti luka terbakar. Kemudian sakit sendi itu akan hilang. Oleh itu, ia sesuai untuk mengubati sebarang penyakit kulit seperti kurap atau kusta. Pokok Ceraka mudah ditanam di tanah lembap, baik di dataran rendah atau tinggi. la juga boleh ditanam sebagai hiasan atau pagar rumah. Tanaman pokok ceraka ini boleh memanjat sampai pada ketinggian 2-5 meter. Untuk menanam Ceraka, benih dari biji perlu disemai dahulu kerana ukurannya amat kecil. Tanah bercampur pasir diisikan di dalam pot. Selain melalui biji benih, ia juga boleh ditanam melalui akar dengan menggunakan tunas akar atau melalui cabangnya. Sementara ia dapat membesar, ia perlu disimpan di tempat yang teduh dan redup. Dalam sehari, ia perlu disiram sebanyak dua kali terutamanya pada musim kemarau. Sesekali tanah hendaklah digemburkan supaya tidak padat
This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
–Number of View :13548

1 thought on “Pokok Ceraka

  1. d kampung/ arwah nenek panggil pokok celaka. wp ada kgunaan lain, iany lbh dkenali d kalangan bidan dulu2 yg mgunaknny scara sulit utk mgugurkn bayi… eei, takutny. nauzubillah. sexy x pasti kenal ke x pkk ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam