Buah Durian Belanda memang sudah ramai mengenalinya dan ia terkenal dengan jusnya yang enak selain khasiatnya yang tersendiri. Artikel kali adalah mengenai bunga durian belanda yang jarang orang mengenalinya dengan lebih dekat. Kebiasaannya durian belanda berbunga di sepanjang tahun.
Bunga durian belanda berbentuk segitiga dan bertangkai pendek, mempunyai tiga kelopak berwarna hijau dan berubah menjadi kekuningan apabila mekar. Bunganya bersifat hermaprodit dan mengeluarkan bau yang sederhana kuat, seakan bau isi buah durian belanda.
Bunga durian belanda terdapat dalam beberapa lapis yang dikelilingi oleh beberapa ovari. Filamennya pula pendek dan mempunyai cepu debunga yang banyak. Ia mengeluarkan debunga yang berwarna kuning, lekit dan bergetah.
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
Number of View :20834
Peratus untuk bunga berbuah adalah rendah. Digalakkan melakukan pendebungaan sendiri.
keseluruhan pokok boleh digunakan untuk mengubati sebarang jenis kanser. sekiranya ada buah, boleh diminum sebagai jus. sekiranya tiada, ambillah daunnya, kisar, tapis dan diminum + madu (untuk mengurangkan rasa pahit). akar juga boleh direbus dan diminum untuk tujuan yg sama.