October 6, 2024

durian-udang-merah

Durian Udang Merah, memang tidak perlu diperkenalkan lagi di kalangan pencinta durian khususnya mereka yang tinggal di Pulau Pinang. Durian yang berasal dari Balik Pulau ini merupakan di antara durian yang terbaik dari segi rasanya. Di kalangan masyarakat Cina di sana ia di sebut sebagai Durian Ang-Hae. Durian ini mampu mencapai berat 3 kg ini telah didaftarkan di Jabatan Pertanian dengan no. pendaftaran D175 pada tahun 1990.

image

Musim buah kali ini, penulis telah mendapat peluang merasa sebiji durian udang merah yang dibeli di Pasar Tani Putrajaya.  Dengan harga RM12/kg, penulis membayar sebanyak RM25 RM24/sebiji untuk buah yang beratnya 2.1 kg. Setelah dibuka kulitnya, terserlah isi yang berwarna kuning, tebal, teksturnya halus, lembik dan rasa yang lemak manis. Walaupun hanya sebiji, cukup untuk mengembirakan penulis, isteri dan anak-anaknya : ) Ini kerana jika dibandingkan dengan durian yang lain, durian ini  mempunyai banyak biji  kesep (kecil dan tipis). Jadi, isinya lebih tebal dan puas apabila di makan. Hasil timbangan yang dibuat,  sebiji durian 2.1kg mempunyai 28% ulas dari keselurahan buah manakala purata peratus  isi bagi seulas durian ialah lebih kurang 76%.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :39582

2 thoughts on “Durian Udang Merah

  1. Beli sebijik last week, RM30., ada 6 ulas sajaa….durian termahal yang saya pernah ‘terbeli’….tetapi, ulasan saya, rasanya takle secanggih mana sangat. Saya memang gila durian, tetapi saya lebeh suka durian kampong biasa yang isi nipis2 tu. Selain tu, durian D24 atau D101 adalah lebeh memberi ‘value for your money’. Anda patut beli M/King atau U/Merah ni hanya utk bagitau kat kengkawan yg anda dah penah merasa durian tersebut. Itu saja.

  2. durian klon mmg puas hati kalau bab isi dan biji kecik. gas nya boleh tahan, mmg hangit. ada sebahagian yg sy suka yg mana ada rasa pahit² di samping manis lemak. cuma harga yg x tahan, tambah² bila ada yg keras mangko. rela lah makan durian kg sebakul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam