January 13, 2025


Kegunaan tempatan

Pernah dilaporkan air rebusan dari daun Hempedu bumi diminum bagi mengubati tekanan darah tinggi, kencing manis, sakit tekak (tonsillitis), selsema, sakit dada, cirit birit dan demam. Ia juga diminum sebagai tonik. Daun yang ditumbuk juga di guna sebagai ubat penahan sakit bagi gigitan ular dan serangga berbahaya.

Daripada sumber, ia dikatakan boleh mengubati selsema (1200 mg/hari), sakit tekak dan demam (pharyngotonsillitis) (3.9 g/hari) dan jangkitan pada saluran atas sistem pernafasan (340 mg). Mempunyai kesan merendahkan paras gula dalam badan, mengurangkan tekanan oksidatif, melindungi hati dari keracunan dan kesan antimalaria. Dehydroandrographolide succinic acid monoester (DASM) didapati boleh menghalang jangkitan virus HIV.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :8330

3 thoughts on “Hempedu Bumi-Andrographis paniculatana

  1. saya sendiri tanam,,,saya sendiri buat kepsul,,,,,saya sendiri makan 2 bijik setiap malam,,,,,,,,sudah satu tahun ,,,untuk memcegah darah tinggi dan kencing manis dan lain lain,,,kini umur saya 52 maseh kekal tiadamasaalah ok sahaja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam