Selain disebut akar cerita, ada juga yang menyebutnya sebagai pokok cerita. Ia sejenis tumbuhan herba berdaun tunggal yang berwarna hijau tua. Putik bunganya seperti cili api sementara bunganya berwarna putih mempunyai tumpuk ungu dihujung kelopak. Pokok ini mudah membiak di kawasan yang terdedah.
Nama saintifiknya Andrographis paniculata dari keluarga Acanthaceae dan ada juga yang menyebutkan sebagai ‘hempedu bumi’ kerana rasanya yang amat pahit jika diramas dengan tangan. Begitu juga jika dijadikan jus, pahitnya akan melekat beberapa lama pada lidah seperti pahitnya petawali (Tinospora tuberculata).
Daun hempedu bumi juga dipercayai mempunyai khasiat yang mujarab bagi melegakan darah tinggi dan kencing manis. Caranya ialah dengan merebus daun, batang, akar serta bunganya dan airnya diminum oleh yang menderita sakit. Kesan pahit dari rebusan itu agak lama pada lidah dan selepas pahitnya hilang lidah akan terasa kebas sedikit. Untuk merawat kencing manis pula rebusannya hendaklah dicampur dengan pokok misai kucing.
Manakala bagi merawat demam, selesema dan gatal tekak pula, memadai dengan merendam beberapa helai daunnya yang segar ke dalam segelas air panas dan diminum perlahan-pahan selepas airnya suam. Bagaimanapun anda dinasihatkan agar jangan mengambilnya terlalu kerap.
Hempedu bumi juga dikatakan boleh dijadikan untuk merawat bisa gigitan serangga termasuk tabuan dan ular. Caranya ialah dengan mengambil beberapa helai daunnya dan dilumatkan, kemudian letakkan lumatan itu pada bahagian yang terkena gigitan.
Number of View :21914
keliling rumah saya di penuhi banyak pokok ni. cuma saya tak tahu nak menggunakannya. yang saya tahu, mak sedara saya turunkan darh tingginya dengan mengunyah sehelai daun ni setap hari selama 3 hari. kemudian selang sehari, mengunyah lagi selama 3 hari (sehari sehelai) dan telan.
akar cerita ini baik juga diambil untuk dijadikan rendaman kaki bagi masalah athritis dicampur dengan garam bukit.
ramai yang mengakui pokok ini mujarab untuk darah tinggi. saya pun ingin mencari pokok ini untuk ditanam dan boleh digunkan bila perlu; adakah sesiapa boleh bantu saya di mana hendak mendapatkan pokok ini?… jika saudara azman boleh bantu saya bagaimana saya boleh mendapatkannya?…..
saya pon nak tahu mana nak dapat..bp 140….