Dipetik dari suatu artikel, penyelidik ada menyatakan bahawa ekstrak dari bunga raya mempunyai faedah kesihatan yang serupa seperti meminum teh . Bunganya mengandungi antioksidan yang membantu mengawal tahap kolesterol dalam badan. Kajian terhadap haiwan menunjukkan ekstrak bunga raya boleh mengurangkan kolesterol pada haiwan, dan ia juga boleh membantu manusia.
Number of View :7206
Tahniah.. laman yang memberi info yang baik dan menarik..
Teh Bunga Raya telah menjadi amalan menyeluruh di Amerika Utara, Amerika Selatan dan Eropah kerana kajian makmal menunjukkan ektrak Bunga Raya mengandungi 10 kali lebih tinggi anti-oksidan berbanding Green Tea.(Sila layari YouTube melalui katalaluan ” Hibiscus Tea”). Di negara2 tersebut teh tersebut dijual dalam bentuk seribunga(petals) Bunga Raya yang dikeringkan, sama seperti daun teh. Dalam kajian klinikal di Britain, pesakit2 jantung coronory dan darah tinggi telah diberi minum teh Bunga Raya dua kali sehari selama tiga bulan tanpa ubatan lain. Keputusannya 90% daripada mereka telah sembuh atau tekanan darah mereka menurun dengan ketara.
Di negara kita Bunga Raya banyak ditanam di taman2 dan di tepi jalan. Kenapa kita tidak manfaatkan khasiatnya, sementalah pesakit darah tinggi dan sakit jantung makin bertambah? Kita tidak perlu membuang masa mengeringkan bunga tersebut kerana bunga segar banyak di merata tempat. Setakat ini kajian dibuat ke atas bunga raya merah sahaja. Petik lebih kurang 10 kuntum bunga raya segar (makin banyak lebih baik), buang tangkai hijaunya dan basuh. Masukkan dalam koleh besar berisi 3/4 air. Didihkan hingga bunga raya itu jadi putih kerana warnanya turun ke dalam air. Warna air jadi merah kebiruan. Buang hampas bunga dan campurkan sedikit gula jika mahu rasa manis. Sejukkan dan minum pagi dan petang. Bakinya boleh disimpan lama dalam peti sejuk. Jika mahu lebih perisa masa mendidihkan masukkandua tiga hiris halia (sebagai pembuang agin dalam perut) dan titiskan air limau kasturi atau lemon untuk menukar warna air bunga raya jadi merah menarik.
Bagi pesakit darah tinggi cuba resepi ini selama tiga minggu dan selepas itu pergi check dengan doktor. Insyaallah anda akan terkejut! Saya sendiri telah 4 tahun mengamalkannya dan setakat ini setiap kali buat pemeriksaan doktor hasilnya amat positif. Selamat mencuba.