Durian Dato Nina (D2) adalah antara varieti durian yang paling awal didaftarkan iaitu pada tahun 1934. Durian yang berasal dari Melaka ini juga dikenali dengan nama durian Dato Nina. Buahnya sederhana besar, sedikit lonjong dan kulitnya berwarna hijau gangsa.
Duri buah pendek, kulit yang nipis namun susah dibuka sekiranya buah baru gugur. Tangkai buah pendek dan besar. Isi berwarna kuning keemasan. Mutu buah sangat baik, rasanya lemak manis. Peratus isi kepada buah adalah sekitar 28-30%. Terdapat biji kesep atau nipis.
Varieti durian ini lebih tahan jika disimpan melebihi 3 hari kerana buahnya tidak mudah merekah. Walaubagaimanapun, daripada pemerhatian hasil pengeluaran buah sepokok tidak tinggi berbanding jenis durian yang lain.
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
Number of View :8095