Cili Geronong

Cili Geronong atau nama saintifiknya Capsicum chinese merupakan kumpulan dari jenis cili yang mempunyai tahap kepedasan yang tinggi sama seperti cili Habanero. Cili Geronong sangat terkenal di Sarawak dan banyak penghasilan produk sos cili menggunakan cili ini sebagai ramuannya.

Bentuk Cili Geronong sedikit unik kerana kulitnya berkerekot atau berkedut dan nampak seakan berpintal (twisted). Tangkai cili juga sedikit panjang iaitu antara 2-3 cm. Buah muda berwarna hijau dan bertukar kepada warna merah apabila telah masak. Apa yang menariknya di sebahagian cabang ‘Y’ pokok terdapat 2-4 biji buah, tidak seperti jenis cili dalam kumpulan spesies Capsicum annumm yang kebiasaannya hanya mengeluarkan sebiji buah.

Number of View :96

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam