March 29, 2024

daun-pisang
Sejak dahulu lagi masyarakat Malaysia khususnya masyarakat Melayu telah mengenali daun pisang sebagai pelapik dan pembungkus makanan. Hidangan yang berbungkus daun pisang menerbitkan bau harum serta menbangkitkan selera pemakannya.
Nasi lemak,pulut inti, pulut panggang, kuih koci, kuih lapis, lemang, lepat, nagasari, abuk-abuk sagu, tepung peklita, tapai, dan berbagai lagi kuih tradisional menggunakan daun pisang sebagai pembungkusnya. Bentuk-bentuk pembungkusnya pula mepunyai ciri-ciri keindahan yang tersendiri seperti panjang, tiga segi, bentuk sampul surat, empat persegi dan sebagainya.

Selain dari itu juga, daun pisang digunakan sebagai penutup hidangan untuk dihantar ke rumah jiran di kampung-kampung ketika bulan puasa dan sebagainya. Daun pisang juga mempunyai keistimewaan yang tersendiri kerana ianya dapat mengantikan minyak masak semasa memanggang ikan agar ikan tidak melekat.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :12948

3 thoughts on “Daun Pisang

  1. .. ramai orang buat kesilapan bila membungkus makanan mengunakan daun pisang >> bahagian bawah daun pisang yang sepatutnya bersentuhan dengan makanan, bukan bahagian atas daun itu sbb bahagian bawah daun lebih bersih dari bahagian atas .. yang bawah tu terlindung tapi bahagian atas tu .. apa saja bom dari udara bolih jatuh atas daun tu .. ( .. selalunya yang jatohkan bom tu burung, dll ..) cuma sebelum guna daun tu bersihkan permukan daun sebelah bawah tu .. lap dengan kain bersih, atau layor daun d atas api .. memang bahagian atas nampak cantik dan bersih, berkilat (yang bawah nampak berkapor d saluti debu putih semulajadi .. tapi yang sebelah bawahlah yang patut bersentuhan dengan makanan yang d bungkus .. wallahualam ..

  2. betul tu.. ramai org yg tidak tahu tentang itu.. terutama org yg menjual nasi lemak yg guna daun pisang…

  3. Orang jawa menggunakan daun pisang untuk merawat demam panas. Dengan sipesakit berbaring diatas sepelepah daun pisang dengan tidak berbaju, panas badan akan diserap oleh daun pisang tadi. Daun pisang akan menjadi layu dan kelihatan seperti terbakar selepas bangun dari situ.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam