Artikel kali ini mengenai Buah Bilak yang ada juga mengenalinya dengan Limau Batu. Gambar ini saya perolehi semasa lawatan ke Taman Botani Putrajaya pada Oktober yang lalu. Buah Bilak atau nama saintifiknya Aegle marmelos dikatakan sejenis buah limau tetapi mempunyai kulit buah ini keras. Saya tidak pasti tentang ini, namun yang pasti buah bilak apabila terlalu masak, baunya seakan aroma buah limau.
Sebelum ini saya pernah menjumpai pokok seperti ini ada di tanam di hadap rumah kaum India. Saya pernah bertanya kepada pemiliknya. Mereka memberitahu, buahnya boleh dimakan dan daunnya (kalau tak silap) juga digunakan dalam upacara keugamaan. Daripada rujukan pula, orang India sering menjadikannya sebagai ubat dan sering dikaitkan dengan pengaruh agama yang dipanggil maja atau maha.
Buah bilak yang masak digunakan sebagai ubat atau makanan selalunya dibelah dua dan bahagian atasnya dipotong. Isi buah digaul dengan gula atau madu sebelum dimakan. Ia juga boleh dibuat jem atau sirap. Buah yang separuh masak boleh dipotong berkeping-keping dan dikeringkan untuk dijadikan ubat. Dari segi perubatan tradisional, buah bilak dipercayai digunakan sebagi ubat disenteri, cirit birit, sembelit dan radang usus hujung (rektum). Kulit pokok bilak digunakan sebagai ubat demam panas. Sementara itu daun muda pokok bilak boleh digunakan sebagai perisa makanan.
Di Thailand kulitnya digunakan sebagai pewarna kain sutera kerana mengandungi pewarna kuning manakal ia dijadikan pewarna kain belacu di India. Ia juga dipercayai digunakan sebagi racun ikan. Jika anda pernah melihat buah ini atau pernah menggunakannya bolehlah kongsikannya di sini.

Hi, i nak minta tolong nak tahu dekat mana i boleh mencari buah bilak. Pls reply
saya ada buah bilak. adena_kkr@yahoo.com.my