March 15, 2026

kuini
Buah Kuini merupakan sejenis buah yang tidak asing lagi di kalangan orang-orang lama khususnya yang tinggal di kawasan kampung. Aroma buahnya yang telah masak memang menusuk kalbu dan menyebabkan enzim amilase dari air liur mula mengalir.  Yang kurang bestnya apabila selepas makan kebiasaanya serabut kuini akan sangkut pada gigi dan perlu dibuang dengan benang atau lebih elok gosok sahaja gigi. Bagi yang sedang mengidam makan buah kuini sekarang, anda boleh beli di gerai buah di kawasan pekan Ayer Hitam, Johor. Harganya saya tak pasti, terlupa nak tanya.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

4 thoughts on “Buah Kuini

  1. Salam…

    Ketika melawat Bukit Tinggi bebaru ni ada sedara kami yg dengan ramahya membawa kami ke kampungnya .Sepanjang jalan mmg banyak sekali gerai2 yg manjual durian..Aku mmg teruja untuk merasa durian Indon..Dh berangn nk mkn bnyk2..Dlm loghat indon+ minangnya dia pun cakap “buah-buah ku ini memang rezki kalian…nanti makan puas-puas ya…! “….Sampai kat rumahnya..mmg melambak buah…bukan durian tp kuini…yg disebutnya sebagai buah ku ini.(kenapalah disebut KU INI & bukannya KUINI…ADUS…Tipah Tertipu!!!

  2. Selalu orang sebelah Perak buat serawa buah kuini
    caranya
    Buah dicincang halus kemudian dicampur dgn pati santan
    CAMPUR SEDIKIT GARAM
    dan di sejukkan dalam peti ais aduh

  3. Salam. Buah kuini yg masak ranum tu dicincang halus. Hiris dan simpan dalam mangkuk. Bubuh air secukupnya dan tambah gula secukup manisnya. Kacau rata2. Simpan dlm peti sejuk. Bila dah sejuk kluar balik mkn dgn nasi atau mkn gitu saja. Alamak…sedapnya. klau tk caya cubalah….

  4. Yang kurang bestnya apabila selepas makan kebiasaanya serabut kuini akan sangkut pada gigi dan perlu dibuang dengan benang atau lebih elok gosok sahaja gigi. Kenyataan ini tidak tepat, ini bukan merujuk pada Buah Kuini, tapi buah Bacang yang juga tergolong dalam keluarga Mangifera.

    Daging isi Kuini lebih lembut kenyal dan tidak ada serabut macam pelam dan mangga.

    Buah Kuini mempunyai aroma bau wangi yang sangat kuat memenuhi segenap ruang, manakala bacang juga mempunyai bau tapi nya tidak kuat seperti buah kuini yang akan memenuhi segenap ruang, walaupun hanya sebiji. Buah bacang hanya akan terbau bau harumnya bila berada hampir dengan hidung. Manakala buah kuini harum baunya akan terbau walaupun melebihi sepuluh meter dan bau akan mengisi segenap ruang tempat sesuatu buah kuini itu di letak. Buah kuini akan mengeluarkan bau selepas getah yang keluar dari dalam buah dan masak dari tangkai ranting di pokok. Yang belum masak dan di kait gugur sebelum masak di tangkai pokok tidak mengeluarkan bau yang harum. Hanya Kuini _Mangifera Odorata_ yang mengeluarkan bau harum yang sangat kuat memenuhi ruangan sekitar ia berada. Spesis mangifera lain seperti Mangga, pelam, tidak mengeluarkan bau yang unik ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam