October 16, 2024

pokok-cili-solok

Tentu ramai yang biasa makan cili solok namun tidak ramai yang biasa tengok pokok cili solok. Maklumlah, pokok cili solok kebiasaanya banyak di tanam negeri pantai timur sahaja. Di sana ia lebih dikenali dengan panggilan ‘lada solok’. Pokok cili ini tidak ada banyak bezanya seperti cili merah atau cili kulai. Cili Solok berwarna hijau muda dari ia mula berbuah sehingga ia dipetik. Cili solok kurang pedas berbanding cili merah yang lebih pedas. Kulit cili solok kebiasaanya lebih nipis berbanding cili merah.

cili-solok

Cili ini biasanya memang popular digunakan dalam penyediaan makanan yang disebut ‘Solok Lada‘. Resepi solok lada adalah menggunakan ikan yang direbus. Kemudian diambil isinya. Tumbuk bawang merah,kelapa dan isi ikan tersebut serta tambahkan sedikit garam dan gula. Setelah gaulkan sehingga sebati, bahan tadi di masukkan ke dalam lada yang telah dibelah dan dibuang bijinya. Selebih resepinya boleh Google di internet ye…

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :26949

1 thought on “Pokok Cili Solok

  1. slm. saya ingin bertanya, di mana saya boleh dapatkan biji benih cili solok ini atau anak pokoknya??

    saya sudah cuba mencari tapi macam sukar untuk mendapatkannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam