Satu lagi tumbuhan herba yang boleh digunakan untuk membuang angin ialah pokok buas-buas atau dikenali juga sebagai pokok singkil. Daunnya tumbuh tunggal dari batang dan dahan, bersaiz sederhana berbentuk hati dan warnanya hijau muda.
Pokok yang kecil atau batang yang masih muda berwarna cokelat, sementara pokok yang sudah tua batangnya berwarna keputihan tetapi dahan yang muda tetap berwarna cokelat.
Nama saintifiknya Premma cordiflora dari keluarga Verbenaceae. Pokoknya sederhana besar, tetapi ada yang boleh mencapai ketinggian hingga 7 atau 8 meter, terutama yang tumbuh di hutan dan tidak pernah dipetik pucuknya.
Pucuk yang muda boleh dimakan begitu saja, tetapi sedikit getir serta berbau langu. Justru itu para penggemar biasanya menjadikannya sebagai sayur bening atau dicelur pada air panas terlebih dahulu sebelum dimakan bersama pencecahnya.
Mereka yang mengamalkan memakan daun buas-buas, selain boleh membuang angin dalam badan dan mengatasi cacing dalam perut, ia juga boleh membanyakkan susu ibu, terutama bagi wanita yang menyusukan anak.
Selain dari itu rebusan daun, akar dan kulit batangnya juga boleh dijadikan sebagai mandian bagi wanita selepas bersalin. Ia dikatakan boleh menyegarkan tubuh badan dan air rebusan itu juga boleh menghilangkan bau hanyir ikan.
Number of View :10640
Sedap ulam pucuk bebuas ni…tapi kat pasar jarang sangat dijual…..
menanamnya amat mudah, patahkan ranting yang agak tua cucuk ditanah insyaalah tumbahlah ia.
byk kali cuba tanam dr keratan btg tp xpenah berjaya. kat mana boleh dapatkan pokoknye terus ye?
Alhamdulillah… sukanya tak payah tanam pokok buas-buas tumbuh sendiri kat belakang rumah. Rendang je…
saya pernah jumpa pokok ini ditanam sebagai pepagar,yang dijaga dengan rapi dan rendang,
kat Miri,sarawak pokok tumbuh liar…mana2 boleh jumpa lagipun tak ramai yg tau ia nya boleh dimakan