Keladi sebaring berdaun besar dan lebar. Daunnya hijau dan berkilat sementara daun yang tua berwarna kekuningan di bahagian hujung daun.
Pokok bersama tangkainya boleh mencapai hingga 145 sentimeter tinggi. Bentuk daunnya oval – tiga segi serta melekuk di tengah dengan urat daunnya bertemu kelihatan amat jelas pada permukaan daun.
Nama saintifiknya Alocasia macrorrhizos(L) G. Don. dari keluarga Araceae. Di kalangan masyarakat Kandzan keladi ini dipanggil viha.
Dalam buku Tumbuhan Ubatan Malaysiaterbitan UKM menyebutkan bahawa keladi ini dipercayai boleh membantu mengeluarkan peluh kotor.
Caranya ialah dengan merebus daunnya bersama campuran beberapa herba lain seperti daun berserta batang medang senanah atau potudung (Kandazan), daun simvuvutung atau lantana camara (Cananga odorata), daun tobuhasa (), anak cambah (Donax grandis) dan pokok lalang (Imperata cyclindrica
Air rebusan campuran pokok-pokok herba tersebut dijadikan mandian bagi mengeluarkan peluh kotor dari dalam tubuh.
Number of View :9969