Pokok bunga loceng sering ditanam sebagai pagar kebun atau ditaman di sudut-sudut taman sebagai latar belakang kepada lain-lain renek dan bunga-bungaan yang lebih rendah. Nama saintifiknya Allamanda cathartica L. Di setengah tempat ia dipanggil bunga corong kerana bentuknya seperti corong.Bunga berwarna kuning mempunyai lima kelopak yang panjang mencorong dari tangkainya. Dengan penampilannya yang terbit di setiap hujung dahan menjadikan bunga ini amat menunjul menyerlahkan warnanya pada cahaya matahari.
Namun disebalik kecantikannya, daun dan batangnnya mempumnyai getah yang beracun. Masyarakat tradisi menggunakan daun yang telah dilumatkan untuk mengubati kudis, gatal-gatal dan kurap. Getah bunga corong jika dititiskan pada bekas-bekas kecil yang berair seperti piring alas pasu bunga dan lain-lain bekas bunga yang berair boleh mematikan jentik-jentik.
Number of View :30287
Adakah produk penghapusan jejentik menggunakan bunga loceng telah meluas di pasaran?
bagaimanakah kaedah untuk menghasilkan getah bunga loceng dan apakah kandungan yang terdapat dalam getah itu?
macam mana nak dapatkan getah daripada bunga loceng yang boleh buat ubat jejentik tu??
mase petik bunge nye pun dah kuar getah…
Adakah bunga loceng wangi?