December 8, 2024

Ati-ati boleh didapati di dalam berbagai warna tetapi kebanyakan daunnya mempunyai bentuk dan aroma yang sama jika dilumatkan. Daunnya berbentuk hati serta begigi-gigi di tepinya.

Kepelbagaian warnanya seperti hijau, merah hati, kuning dan berbatik menjadikan ia bunga hiasan yang popular baik untuk landskap maupun hiasan dalaman.
Mempunyai batang yang bersegi berwarna hijau muda lembut dan mudah patah. Habitatnya mudah berumpun kerana batangnya mudah rebah ke tanah dan berakar serta bercabang.

Kulit pada batangnya amat nipis tetapi liat dan apabila batangnya dipatahkan kulitnya akan tersiat. Walaupun ia mudah patah, pengambilan untuk tujuan perubatan atau untuk dijadikan bibit eloklah dikerat dengan menggunakan pisau yang tajam.
Untuk tujuan pegenalan kepada herba – fokus kita ialah ati-ati daun hitam. Nama saintifik ialah Coleus atropupureus Benth dari keluarga Lamiaceae. Tumbuhan ini berbunga kecil dalam bentuk jambak memanjang di hujung dahan. Ia mudah ditanam dengan hanya mematahkan dahan dan menanamnya di dalam pasu atau dicacak begitu saja. Ati-ati daun hitam dikatakan lebih mujarab untuk perubatan tradisi.

Daunnya boleh digunakan untuk mengubati sakit pedih hati dan gastrik. Di samping itu ia juga boleh menjadi pilihan dalam usha untuk menjarangkan bersalin bagi wanita-wanita yang bermasalah.

Caranya ialah dengan merebus daunnya dan air rebusan itu diberi minum kepada yang memerlukan.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :12007

2 thoughts on “ATI-ATI DAUN MERAH UNTUK PEDIH HATI

  1. Masih tak de gambar , saya tanam di rumah, banyak tumbuhnya bila di buang di belakang rumah tumbuh lagi banyak, dulu masa kena senggugut masa “datang bulan”memang teruk sampai tak boleh bangun tidur pun kepala ke bawah kaki di atas sampai kena tekan dengan bantal dalm keadaan meniarap . Ibu saya ambil tujuh helai daun ini, campur 7 biji lada hitam, halia, bawang putih, bawang merah ditumbuk ambil airnya dalam sesudu ditelan, bayangkan rasanya pahit,pedas semua ada ,akhirnya hilang senggugut saya sampai sekarang, berkat petua ibu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam