January 14, 2025

buas-buas2

Buas-buas atau bebuas dengan nama saintifiknya Premma cordiflora mempunyai pelbagai khasiat yang tersendiri. Pokok Buas-buas dipercayai dapat membuang angin dalam badan, mengatasi masalah cacing pada kanak-kanak dan menambah air susu ibu. Selain itu, ia juga digunakan untuk menghilangkan hanyir ikan.

buas-buas

Cara yang biasa digunakan ialah dengan meminum air rebusan atau dijadikan sebagai ulaman dan dimakan bersama nasi.

Unik tak pokok ini? Bila tengok pokok ni keluarkan buah memang cantik.. tak pasti pulak buah pokok ni boleh makan ke tak.. Anda ada tanam ke pokok ni di depan rumah anda. Boleh kongsikan cerita di sebalik pokok ini..

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :47619

19 thoughts on “Pokok Bebuas dapat mengatasi masalah angin

  1. Salam,
    Saya nak kongsi la sedikit pengalaman tentang ‘pokok Bebuas’ ni. Kat tempat kita Sarawak, ada yg panggil ‘singkel’, Kaum Melanau pulak ‘Tebawan’. Nak dijadikan cerita, daun pokok ni selalunya digunakan dlm masakan ‘bubur pedas Sarawak’. Bulan Ramadhan, memang ramai suri rumah mencarinya. Keluarga kita, selalu juga bersayurkan daun tebawan ni. Masak goreng belacan, sedap! Bagi yg belum merasa, cuba lah. Sekian, ini sahaja yg dpt saya kongsikn bersama.Terima Kasih!

  2. salam,

    pokok ini banyak terdapat tumbuh liar di sarawak. saya selalu petik pucuk buat sayur lemak atau ulam atau untuk balutan ikan bakar. memang sedap pucuk ni bila diulam atau buat sayur lemak dan dicampur dengan pusuk ubi atau lain-lain sayuran. bau nya wangi berangin sikit dan sedap dihidu. cara tanaman keratan batang.

    terima kasih

  3. ramai org sarawak bg komen nampak…aku pun nak citer jugak lah….kat sarawak memang banyak daun ni….sedap sangat di ulam dengan sambal belacan yang diperah dengan limau kasturi…..setahu aku buah pokok ni orang tak makan tapi zaman budak-budak aku dulu kita orang ambik buah ni buat main sumpit je…seronok apa sumpit orang guna straw…cara nya masuk kan setengah genggam buah pokok ni dalam mulut pastu apa lg…kita cariklah sasaran….apa-apa pun pokok ni memang banyak khasiat

  4. orang johor masak botok-botok kalau tak masukkan pucuk bebuas tak sah….
    orang kata kalau masak asam pedas pun boleh masukkan pucuk bebuas sedap juga…

  5. saya baru bekenalan dgn pucuk bebuas ni,mmg sedap kalu cicah dgn sambal belacan. Sape2 tau tak kandungan vitamin apa yg terdapat dlm pucuk bebuas nih.Doktor saya ckp tak boleh mkn sayuran yg byk vitamin k, sebab saya ingin tau sgt vitamin apa yg terdapat dlm daun bebuas.

  6. salam..

    ulam bebuas nie sedap kalau dicicah mentah dengan sambal belacan + air asam limau sikit.. perghh terangkat. itu yg simple.

    kalau nak renyah sikit, buat kerabu kerang.. balik kg pantang ada pucuk nie, abis lah togel.

    sy semai pokok nie.. dah ada tumbuh tunas, menghitung hari bila lah nak besar, nak berulam pokok taman sendiri :p :p

  7. kat sarawak di kenali sbg daun singkel. salu tumbuh terbiar tp lau dah tumbuh kat tepi umah tu, saya biarkan ja sbb senang nak amik buat lauk sayur manis/sayur lemak/botok/ulam dan etc. ^_^

  8. di daerah sy saribas sarawak kami panggil daun buas. Bila teringat daun ini teringat pulak bulan puasa. Orang2 di kpg sy sgt suka daun ini utk dibuat masakan mumbu pedas. Di antara ramuan utamanya ialah daun bebuas, daun kunyit, udang senek dan mumbu pedas itu sendiri. Bila nak berbuka semangkuk besar mesti ready kat depan…kenyang arrrrggghhh

  9. memang sedapp, sayangnya cepat layu selepas dipetik. Nak tanya skit..bunganya boleh dimakan ke?..dan pokoknya boleh dibuat bonsai ke?..

  10. Assalammualaikum . Boleh saya tahu , di mana nak dapatkan pokok bebuas atau ulam bebuas ni kalau di daerah perak , selangor atau yg berdekatan dengan negeri nii ?

  11. mmg sedap…ambil pucuknye buat masak cili padi ditambah sedikit isi ikan masin atau ikan bilis mmmmm sodap.

  12. Saya belajar makan nya dr kecil, di ajar oleh arwah nenek saya. Dari bau nya mmg sy x bole lupa, bau dau singkel (nama yg nenek panggil). Ingatkn nama Jawa..rupanya org Sarawak pun panggil dgn nama tu. Mmg sedap makan cicah sambal belacan.

  13. Salam. Ingin tahun daun buas2 ni bole kita guna dlam sayur masak air. Boleh campur dgn duan lain spt daun bayam dlm masak air?

  14. Selepas tambun tanah kat belakang rmh.. melata2 tumbuh pokok.. macam2 pokok. Akar dhani, beruas, timun tikus.. suka tau. Kkak ipar yg guide tour blkg rmh ?. Kalau x haram x tahu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam