March 27, 2025

tenggek-burung

Pokok Tenggek Burung, dikenali dengan nama saintifik Euodia redleyi, adalah sejenis tumbuhan renek yang tumbuh secara liar di Malaysia. Pokok ini memperoleh namanya kerana burung-burung kecil gemar hinggap di atasnya untuk menyedut nektar dari bunganya. Pokok Tenggek Burung hidup meliar di kawasan terbuka, belukar, dan kawasan tanah gambut serta tanah yang tinggi kandungan sulfat. Pokok ini membiak dengan cara biji benih yang disebarkan oleh burung yang gemar memakan buahnya. Bunga Tengek burung kecil,berwarna hijau kelabu.

Ciri-Ciri:

  1. Asal: Keluarga Rutaceae.
  2. Ketinggian: Mencapai 2 hingga 3 meter, namun dapat tumbuh lebih tinggi lagi di kawasan hutan.
  3. Batang: Berwarna hijau ketika muda dan bertukar menjadi coklat keperangan apabila tua.
  4. Daun: Daun tua berwarna hijau pekat dan tebal dengan permukaan yang berkilat. Daun muda berwarna hijau muda dan lembut.
  5. Bunga: Berwarna putih, dalam bentuk jambak, dan mengandungi nektar yang digemari oleh burung dan lebah kelulut.

Manfaat dan Kegunaan:

  1. Pucuk Tenggek burung berkhasiat dan amat sedap dijadikan ulam. Baunya yang harum dan berlemak boleh membuka selera makan. Pucuk Tenggek Burung biasanya dijadikan ulam dan dikenal sebagai ulam cabang tiga. Ia dijual di pasar tani dan pasar malam dengan harga satu ikat seringgit.
  2. Diyakini dapat membantu wanita yang baru bersalin, terutama untuk mengecutkan rahim. Selain itu, dikatakan dapat menurunkan tekanan darah tinggi dan melancarkan pengaliran darah. Namun, khasiat ini belum dibuktikan secara saintifik.

 

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :29581

30 thoughts on “Pucuk Tenggek burung

  1. ulam yg paling best yg pernah saya rasa…coba la….anda tak kan menyesal…

  2. tadi baru beli 2 pokok anak benih tenggek burung ni kat expo agrofest kat sungai siput.. orang rumah memang gemar buat ulam…

  3. Minggu Lepas ,,,4/8/2009 , saya juga beli satu pokok dari Expo Mardi di PWTC KL . RM5/sepokok .
    Minta tanya , pokok ini boleh tanam di pasu ke ? Atau kena tanam terus ke tanah ? Berapa ukuran tingginya di usia masa matang ?

  4. tumbuh liar didalam hutan/kebun.Masa kecik selalu petik dikebun getah arwah abah, memang sedap dibuat ulam.

  5. khasiat yang paling best, tak perlu guna jamu-jamu yg lain, hanya suami & anda sahaja yg dapat merasai kelainan ketika hubungan intim.

  6. Pn Nani,

    Boleh kongsi ke, macamana cara guna pucuk nih…
    Atau makan sebagai ulam tu je dah cukup utk dptkan khasiat tuh..?

    tq

  7. Mana nak cari pokok tenggek burung, tlg bagi info, area kedah/ melaka/ terengganu. siapa ada info tlg share

  8. diantara tiga jenis pucuk ulam-ulam ini ~ pucuk gajus, putat air dan tenggek burung, walaupun rasanya hampir sama tetapi , pilihan saya tenggek burung jugak. Di Kampong Selabak, Telok Intan ia dkenali sebagai Cabang Tiga, bagi orang lama di kawasan Langkap , Perak di panggil pucuk pokok Medang,- dalam kamus Dewan Bahasa dan Putska juga mencatat sebagai pokok medang.

  9. saya sedia membekalkan sebanyak mana yg tuan inginkan. email pada saya kuantiti dan saiz yg dikehendaki, kita boleh berurusan, Insyaallah

  10. kepada sesiapa saja yg ingin mendapatkan info berkenaan daun tenggek burung termasuk yg ingin menjadi pembekal atau usahawan tenggek burung, benih tenggek burung dan sebagainya berkaitan tenggek burung., boleh menghubungi saya 019 3636 448 atau email.

  11. Kami beli 2 pokok tenggek burung dlm polybag di Agrofest Sg Siput pd 5 Ogos 2010. Bila pokok ulam itu membesar amat mengecewakan apabila dipetik dan dimamah amat pahit hempedu, tidak spt dakwaan mengatakan bau harum dan lemak. Apakah ini satu bentuk penipuan ?

  12. sexy ada tnm. bg sexy ia bkn 1 penipuan krn selera msg2 x sama sumpama mkn cili api. sstgh org 1 cili api(1x lg apa pjodoh bilanganny ek?) dh pedas giler tp sstgh indvdu lain, 12 cili api dmkn mentah xde hal. (jgn lupa ada kisah dlm agama islam ada sorg hamba ALLAH yg mati krn mkn cili). sexy mkn ulam tenggek burung ni xde rasa pe pn. sedap n lemak bila sexy gomol (he2! sorry admin!) dgn budu, cencalok @ sambal blacan.
    *
    Ingat!
    *
    yg pahit itu ubat yg manis itu madu.. en. yahya takkan x suka kut? he2!

  13. kenyataan Encik yahya pucuk daun tengek burung pahit , apa yang harus dilakukan ialah rajin-rajin lah memetik pucuk daun supaya pucuk yang baru tumbuh atau memangkas ranting nya ,ini hanya setakat tahu menanam dan mengharapkan keluar pucuk dan petik dijadikan ulam,

  14. Saya mmg ada tanam di kawasan rumah saya pucuk tenggek burung ni..memang sedap..pembuka selera..

  15. saya nak beli anak pokok tenggek burung tu.bleh email saya atau ada mana2 individu blh saya hubungi.ini no phone saya 013 4222234

  16. saya tinggak kat ulu kelang. ada ke source yang paling dekat utk saya dapat benihnya. sy suka sangat pucuk ni contact : 013 3555054

  17. Semalam saya pergi Mardi Jalan Kebun, Kelang. Mereka ada jual pokok tenggek burung ni dalam polibag. Saya tak tanya pulak berapa mereka jual.

    Rasa daun tenggek burung ni seakan daun kertar (atau kertau?) yang orang Kelate buat ulam nasi kerabu. Saya percaya ramai yang tak pernah dengar pokok kertar ni. Saya pun baru saja tahu.

  18. assalam…sy pun teruja nk mendaptkanya..harap lah dikongsikan..hubungi sy 0139897999 tloh pahang

  19. @ahmad – Assalam En Ahmad, walaupun dah agak lama tu..masih ada lagi ka pokok2 tenggek burong tu. Tuan tinggal dikawasan mana? Berapa hg sepokok tuan jual

    Hubungi saya : ajmr1@yahoo.com
    hp: 013 354 4498

  20. kalau area kuala terengganu @ dungun mana nk dapat benih pokok ni? kalau sape2 yg ada info tolong inform ek…sbb saya nk tanam….tq

  21. Tanam dalm pasu pun bole. Bole dibiak dgn keratan batang. Dah cucuk 2 dlm poly bag and baru keluar tunas. Memang sedap.

  22. kat sarawak kami panggil pucuk jampang. Di kebun sy byk yg tumbuh meliar. Rajin2 ada juga sy ambik buat ulam. Mmg rasanya lemak2 dan aroma unik. Cicah dengan tempoyak lg best.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam