April 18, 2025

sekiat

Beberapa minit yang lalu, saya membuat carian Google mengenai buah-buahan nadir yang masih banyak lagi yang saya tidak tahu. Tidak sangka saya terjumpa salah satu lagi jenis buah nadir yang disebut buah khiyat oleh masyarakat di negeri Kelantan. Dipercayai juga buah khiyat ini memang banyak dijumpai di sebelah pantai timur terutamanya Kelantan. Di negeri lain saya tidak pasti apa gelarannya.  Memang menarik dan unik buah khiyat atau sekiat ini.

Walau bagaimanapun, saya tidak dapat mengenalpasti bagaimana caranya nak makan buah ini atau mungkin buah ini tidak sesuai dimakan segar. Mungkin juga perlu dimasak atau sebagainya. Setakat ini saya belum berjumpa lagi apa-apa rujukan mengenai buah ini.

Jika anda pernah melihat atau makan buah ini, diharap anda sudi berkongsi apa-apa informasi di sini. Semoga perkongsian anda memberi manfaat kepada semua pembaca.. Tenkiu..

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :63312

140 thoughts on “Buah Khiyat @ Sekiat

  1. pokok ini masih banyak terdapat dipinggir kampung di kelantan. Rasa buahnya masam. Biasa dimakan begitu saja atau dimakan dengan colek cuka atau kicap yang digaul dengan cili api.

  2. memang kat umah aku dulu adal sepokok. aku panggil buah KERIAT. tapi baru2 ni bapa aku dah tebang sebab nak buat garaj. kat kampung aku masih ada lagi 2, 3 pokok. boleh lh lagi kalu budak2 zaman sekarang ni nak tengok.buah dia seperti dalam gambar. isi dia warna kuning kemesan. rasa dia masam manis. besar biji daripada isi. cara makan dia, kopak kulit dan terus telan isinya. tu je.

  3. Emmmm…..dulu masa kecik2…tak de banyak jajan macam sekarang ni…..bila nak pergi mengaji Quran..buah kiyat ni la yang penoh poket…masa tu memanglah sedap..tapi sekarang ni…..lapar pun rasanya tak makan…kecuali mengidam kot….hehe..kat kampong i masih banyak pokok kiyat ni….tapi negeri2 sebelah selatan macam tak pernah jumpa….

  4. mleleh air liur tgk gambar
    buah ni kami panggil buah khiat, buah yang paling besar pun sebesar 1 ruas hujung jari telunjuk
    kulit dia +-1@2mm, isi +-2@3mm, yang selebihnya biji
    kat kg saya d’klate masih ada, umah mertua d’kuantan pun ada, buah ni bukan jenis yg komersial dan jarang2 ada kat pasar
    kalau tanya yg pernah kena penangan buah ni (makan chole’), bukan stakat tapak tangan, jabir plastik saya tadahkan
    memang marvelous lah

  5. Saya pun first time tengok…teringin jugak nak try…tanam buat koleksi pun bagus juga nie..t.kasih atas info ini..

  6. Haha..nostalgia buah ni nih..selalu ‘rukas’ pokok ambik buah ni..
    tapi kat kampung saye kat kelate ade lagi..
    rasa die masam manis..

  7. sy xpnh tgk buah ni sblm ni.. myb kalo tanya orang dulu2 mungkin la tau… sbb sy sendiri xpenah tgk n rasa… anyway… info yang bagus untuk semua… keep it up..

  8. terimakasih kerna kirim gambar buah ni, saya dah lama tak makan buah ni, buat colek memamg sedap,terliur….tapi sayang , tak boleh makan banyak susah nak buang air nanti…kat Kelantan aja gamaknya ada buah ni, puas saya cari buah ni di tiga wilayah selatan Thai ni, tak ada lah……….Naratiwat ke Yala ke Pattani ke semuanya tak ada…tak tau lah kalau ada kat ulu tiga wilayah ni.

  9. Nak tahu, buah ni tak perlu masak. just buka je kulit n makan terus je, seperti makan buak duku ke rambutan ke, atau buah lain le….

  10. salam… buah khiat ini agak masam… ada sikit2 manis…nama dalam bahasa saya tidak tau apa namanya sebenar….

  11. pnh taw sal buah nie..
    tp skang jarang jmpe pokok khiyat kat kelantan..
    rasenye masam.. da la isinya kureng

  12. hi salam,

    thanks 4 ur email,….
    beshnyer blog ni….i suke sgt….gamb r dan info yg menarik.

    tp sy teringin nk mkn buah bidara?
    kat mana nak cari?
    blh ke buah tu dimakn?

  13. Buah kiyat ni kalu dibelakang rumah saya belambak. sapa-sapa nak gi la ambik di kg kuala botor jelawat kelantan.
    Buah ni memang sedap kalu dimakan dengan cuka, atau pun dimakan begitu saja.
    buah ni ada yang manis dan masam.

  14. sebutan yg betul ialah buah sekiyat atau skiat. Buah ini biasa ditanam berhampiran rumah sebab fizikal pokoknya yg kuat dan boleh menahan panas matahari. Buah ini sudah hampir pupus sebab sukar utk dikormesilkan sebab isi buahnya yg nipis. Di Kelantan pokok ini biasa didapati.

  15. saya seperti pernah melihat buah ini sewaktu membuat satu tugasan di Kelantan tahun lalu tetapi tak berani nak makan sebab khuatir jadi mudharat. Selepas membaca respon2 diatas, saya pasti akan merasanya bila jumpa kelak.Terima kasih Fazli dan rakan-rakan

  16. Salam …

    Erm ..ni first time la dengar psl buah ni.xpenh mkn lg pn..
    ade jual ker kat kedai erk? ….

  17. buah khiyat ialah pokok buah-buahan hutan, sekarang sukar dijumpai. rasanya masam masam manis.satu lagi buah-buahan hutan ialah buah kamunting. buahnya merah apabila masak dan kecil daripada buah ceri. juga sukar dijumpai.

  18. hai…buah khiyat ade kt kg….dlu mase kecik ske mkn buah nih….hehe3.sape nk try sila dtg kt kg umh nenek ade pokok tuh….kelate jauh tue…

  19. Buah khiyat ni tak sedap, masam purit, boleh kemam je isinya tapi bijinya tak boleh makan, kelat..Kalu nak makan ngan kicap colek sesuai utk yg tekak2 pahit..

  20. buah khiyat.. atau kebanyakan eja kiat… mmg ada 2 jenis.. yg lonjong manis.. yg bulat masam.. masa kecik2 dulu slaly mkn yg manis.. tp thn lepas ada kawan bgi yg bulat.. masam.. tak best mcm yg lonjong.. isi dlm nak macam buah rambai.. cuma lebih kecik.. satu yg paling sy suka ialah baunya.. satu bau yg lain dari yg lain… tambah2 lau buah yg lonjong tuu.. bau je dah wat sy terliur…

  21. waahh…lamer da xmkn buah khiyat nih..time kecik2 dulu ader pokok ni kat blakang umah jer…skrg dah xder..kna tebang daahhhh…huhuu..da jrg jumpa pokok buah khiyat skrg…

  22. BUAH KIAT NI SEEDAP DI MAKAN..ZAMAN KEKANAK DULU.. KARANG NI MANA JUMPA LG..BANYAK DAH PUPUS.. MAKANAN BUDAK ZAMAN DULU..

  23. salam sume..

    ni kira 1st time gak saya dgr nama buah ni..mungkin jarang2 orang menjual di tempat awam..
    kalo dapat diterima ramai,tak salah kalau komersialkan=)

  24. Salam ; fazly
    Mukin di masa hadapan biji nya akan di kaji untok dijadikan minuman.

  25. buah khiyat….blkg umah sy ada….
    adk2 gelar buah anggur merah..huhuhu
    kami sume xsuka mkn buah ini…
    sapa2 nk…meh pegi umah sy

  26. Penah la makan buah ni tapi tak tau plak nama nya camtu. Masa beli tu peniaga tu bagi nama lain..

  27. buah ini mirip buah tampoi kat Sarawak tapi buah tampoi manis dan ada 2 spesis isi kuning dan putih yg isi kuning lebih sedap kaum Iban dan Bidayuh buat arak (tuak) mengguna buah ini hanya terdapat di kawasan hutan

  28. Salam en. fazli, buah keriat atau di tmpt saya dipanggil dgn nama chekiat ni dulu ada sepokok di dusun datuk. Pokoknya sebesar dua pemeluk tp sekarang dh kena tbg. Saya sndiri pn dh lama tak tgk dn mkn buah ni. Jika musim pokok ni berbuah, ada org yg jual di pasar tani.

  29. Salam….. di Terengganu pun ada buah khiyat, masa saya kecil dulu pernah makan juga, sekarang ni susah nak jumpa. Anak-anak sekarang doh tak kenal buah ni, saya pun tercari-cari jugak nak perkenalkan kepada anak-anak. Terima kasih kerana dapat juga walaupun sekadar gambar sahaja.

  30. Hah! Tudia lagi buah yang sya x pernah jumpa. Kat tmpat sya x ada buah ni. Suka sya dpt info ni from u-all.
    Kalau yang ada buah tu kirim le sikit…. Tq.

  31. Salam,

    Buat ni di belah utara di panggil Buah Staq……..satu spisis juga dgn buah remia………cuma buah remia bijiknya warna unggu bila di belah…….rasanya mmg masam-2 manis……….ada kalanya mmg masam pon……..hehehe……..apa-2 pon nice info………

  32. to admin… boleh tak pihak admin bagi sedikit info pasal buah nipah, buah bertam, buah kelapa laut afrika dan yang spesis dengannya pula. sebab saya pasti ramai yang masih tak tahu mengenai buah2 dari spesis tersebut.

  33. Tak perasan pula samada dah pernah rasa atau belum. Tapi saya memang suka buah spesis pelik ni. Rasanya kena tanye kekawan kat kelantan kut-kut ada yang boleh pos kat saya. Thanks 4U info.

  34. ermmmm….. baca je dah kecur my saliva…. hehehe…
    belum penah tengok buah khiyat ni… apetah lg nk rasa…

  35. mmg buah ni terkenal kat neg klate. tmbhn sy pn asl dr sana. seingat sy masa zmn kanak2 dulu pnh pnjat pokok ni, lasak skit hehe.. tp pokok nya rendang jer xla tggi sgt. isi buah khiyat ni kecik dan nipis.. rasanya msm2 manis. biasa org mkn buah ni dgn mengemam.. bl dh hbs rasanya br buang tp ada jgk menelan skali dgn biji2 nya. almaklumlah isinya kecik je xrasa apa klau xtelan.. sy xbrani nk telan takut kna smbelit jer haha.. klau skit2 telan tu ok la. biasa sy mkn buah ni dgn pencicah nyer. kopek buah khiyat byk2 lps tu gaul dgn pencicah kicap. pencicah nye gula+kicap pstu ltk skit cuka mkn n klau nk sdp lg + belacan skit.

  36. kalu di tempat kami sarawak, ia dipanggil buah sarait kalu tak salah.. kalau mkn ngan biji mmg mcm kena buasir la jawbnya.. selalu mkn buang bijinya.. ia merupakan buah hutan..

  37. Salam, buah ini masih ada di klantan, namanya ‘buah skiat’ kalau nasib baik ada dijual di pasar terutama pasar tani, tapi tidak selalu ada kerana kurang permintaan, dan pengeluaran oun kurang kerana pokoknya sudah ditebang. tak pasti pulak samada buah ini bermusim atau sepanjang tahun. Nanti kalau ada masa nak balik kampung cari pokok ni, minta-minta sedang masak dan ada anak benih.
    tq

  38. isi buah ni kaler oren kemerah merahan kan…kalau betul,kat tempat aku,buah ni dipanggil buah jentik.kat area kedah…sebab apa dipanggil buah jentik?sebab nak bukak kulit dia,kena jentik sikit..isi dia manis..ada musim2 tertentu untuk dpt buah ni..

  39. buah ni dulu ada kt tepi rmh arwah nenek saya…tp skang dh di tebang pokoknya…saya pernah makan masa kecil dulu la…makannyer dgn cara kopek kulitnya,akn nmpk 2 ulas kt dlm tu…buahnya kecil jer & berbiji…makan fresh lg sdp xpyh mask pon…cuma ade yg masam & manis….bijinya jgn telan…mkn isi yang sikit jer…rasa dia bolehla tahan…

  40. En Fazli tak ada ke e-book tebu telor? Cara tanam etc. atau sesiapa boleh kongsi…

  41. bila tengok buah ni terasa rindu sesangat ….maklumlah masa zaman kecik dulu saya memang membesar di bawah pokok kiat ,,, rasa buah ni masam masam manis bila makan kena hati2 jangan terlebih makan jawabnya sembelit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam