Pokok Bintagor Laut atau ada nama lainnya pokok Penaga laut banyak tumbuh rendang di tepi-tepi jalan dan terutamanya di pinggir-pinggir pantai di Malaysia. (Gambar pokok ini diambil semasa berkunjung ke Lumut,Perak). Ia tergolong didalam keluarga Guttiferae manakala nama botaninya ialah Calophyllum inophyllum.
Pokok ini dipercayai berasal dari India dan kepulauan Pasifik . Ketinggian pokok ini lebih kurang 20 meter tinggi dengan daun yang licin dan berwarna hijau gelap . Bunga pokok Penaga laut ini juga menghasilkan bau yang harum . Kelopak bunganya berwarna putih manakala stamennya pula berwarna kuning . Buahnya berbentuk bulat dan berwarna hijau , berdiameter kira-kira 2 cm .
Mengikut rujukan, biji-biji dari pokok ini mengandungi lebih kurang 75 % minyak . Daunnya pula mengandungi saponin dan asid hidrocyanic . Sekiranya termakan biji-biji dari pokok Bintagor laut ini , ia akan menyebabkan rasa hendak demam , muntah-muntah dan cirit-birit . Cecairnya pula boleh menyakitkan kulit dan mata jika terkena . Kebiasaannya , cecair dari pokok ini sering digunakan sebagai racun pada anak panah.
Ada sesiapa yang tahu cerita di sebalik pokok ini? Boleh kongsikan di sini..

Oooo…Bintagor rupanya nama pokok ni….Selalu tengok tapi xtau nama….thanks!
Sekali imbas macam buah jambu mawar hijau pun ada….Rendang pokoknya……harum bunganya…..cantik buahnya….xbleh makan rupanya……!
oh namanya sama dengan satu tempat di Kucing Sarawak kan? selalu jugak tengok tapi x atu nama.thanks for sharing…
jom tengok koleksi ‘water plants’ saya di
http://walizgarden.blogspot.com/2010/03/blog-post.html
pokok ini mudah ditemui di pinggir jalan di universiti putera Malaysia dijadikan pohon peneduh. rendang dan menarik.
rasanya kalau tak silap, buah pokok bintagor laut ini boleh menghalau tikus.. ye ke
heheh saya dok kt lumut…mmg kaw. lumut byk pokok ni…monyet2 di taman paya bakau pon suke sangat makan buah ni…..
ni pokok kepayang kan …. buah nya leh jadik penghalau tikus.. nanit tikus geget dia akan lari ……. x datang dah … x pun tikus tu akan mati keracunan… coz buah nya beracun kan ..
buah dia kalau dibakar sedap dimakan,lemak boleh buat ubat pencahar.daunnya pula sehelai digores hingga keluar getah renda dalan besin atau mangkuk boleh guna pencuci mata dengan cara mengkilar kilar mata dlm air tadi.dulu atok saya selalu buat.dia ngajar ngaji quran .dia tak pakai cerin mata.sya pun amalkan.mata cerah.
kat lumut kat area mana ek???nak cari buah ni untuk project final year lar…saya duk kat manjung dekat dgn lumut.
@min – <a kat lumut kat area mana ek???nak cari buah ni untuk project final year lar…saya duk kat manjung dekat dgn lumut.
dimana boleh beli minyaknya? di panggil tamanu oil , hasiat die bnyk…nak cari kalau2 ada yg jual minyaknya..
Buah ni boleh digunakan untuk hilangkan biji sawan pada bayi…??
hai, mana nak dapat buah ni ye?