March 19, 2024

sekiat

Beberapa minit yang lalu, saya membuat carian Google mengenai buah-buahan nadir yang masih banyak lagi yang saya tidak tahu. Tidak sangka saya terjumpa salah satu lagi jenis buah nadir yang disebut buah khiyat oleh masyarakat di negeri Kelantan. Dipercayai juga buah khiyat ini memang banyak dijumpai di sebelah pantai timur terutamanya Kelantan. Di negeri lain saya tidak pasti apa gelarannya.  Memang menarik dan unik buah khiyat atau sekiat ini.

Walau bagaimanapun, saya tidak dapat mengenalpasti bagaimana caranya nak makan buah ini atau mungkin buah ini tidak sesuai dimakan segar. Mungkin juga perlu dimasak atau sebagainya. Setakat ini saya belum berjumpa lagi apa-apa rujukan mengenai buah ini.

Jika anda pernah melihat atau makan buah ini, diharap anda sudi berkongsi apa-apa informasi di sini. Semoga perkongsian anda memberi manfaat kepada semua pembaca.. Tenkiu..

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :61593

140 thoughts on “Buah Khiyat @ Sekiat

  1. salam…buah kiyat ni biasenye org kelantan je knl…saya ank peneroka di pahang n parent asal dr kelantan,ayah saya bwk benih buah ni dr kg, skang ade tnam kt blakang umah n dh besepah2 tumbuh ank die…buah ni isi die cm buah kopi…tp rase masam giler but sedap….syok habisss…time musim bebuah skali pandang cm buah anggur lak…

  2. en mohamad…tebu telo blh ditanam cm tebu biase je…nti die tmbuh…skang payah dh nk tgk pkok tu….

  3. salam..
    buah khiyat, dah lama tak makan.. rasanya masam2 manis.. bila makan kena telan dgn biji2nya.
    kalau buah dah betul2 ranum mmg manis.
    cara nak makan, picit jer kulitnya dan kulitnya akan pecah 2 mengikut garisan hitam (lihat gambar buahnya dan perhatikan garisan hitam itu). sangat senang dan mudah dimakan. pokoknya tak setinggi dan sebesar mana, sekadar saiz pokok kopi atau koko saja.
    dalam buahnya ada 2 biji yang setiap satu mempunyai bentuk sebgmana permata cincin…..kemam dan telan je….tapi awas jgn makan terlalu byk nanti berak kesat (sembelit)

  4. untuk pengetahuan saudara buah khiyat ni boleh dimakan begitu saja, buang kulitnya makan jelah. tapi rasanya masam dan mempunyai biji, cara makannya adalah dengan kemamnya saja kerna isinya melekat pada bijinya.masa saya kecil dulu selalulah makan buah ni,tapi ada kat kampung-kampung and tepi sungai,memang betulah buah ni bayak dijumpai kat kelantan, tapi pernah juga saya jumpai buah ni kat hutang negeri kedah semasa saya buat operasi kat hutang sana

  5. Buah nie agak masam sikit rasanye.. Pokoknya plak Dari jenis kayu keras.. Berbuah dalam 2 kali stahun… Berbiji besar dan berisi sedikit.. itu saje yg dapat saya kongsi buah masa ini..

  6. mmg sedap buah ni….sy tak pernah jumpa buah ni di negeri lain selain kelantan..buah ni masam.dan sedap di mkn klu cicah dgn pencicah buah-buahan….tp sy pun dah lama tak makan buah ni.dah bertahun-tahun lamanya…sy pernah makan pun hanya di kelantan.

  7. salam fazlisyam; buah khiyat masam2 manis rasa dia,cara makan hanya perlu dikopek/picit dengan jari sahaja jika perlu boleh telan dengan biji sekali jika tidak dikulum sahaja tapi ingat makan jangan banyak nanti bila ditelan terlampau banyak biji boleh menyebabkan sembelit;tq

  8. Salam En Fazli,
    All your info semua memang sukar ditemui sekarang ni. Bagus untuk generasi akan datang. En Fazli ada info tanaman tebu telur tak? Kalau ada boleh kongsi tak?

    Terima kasih.

  9. Bagus… blog awak..

    Sekurangnya byk info yg kita tak tahu jadi tahu…
    Tahniah, pengumpul maklumat tak telan dek zaman…

  10. Salam,
    First time saya nengok buah nie…..hehehe
    tak pernah makan pun..

  11. Salam Sejahtera

    Sabenarnya ejaan buah Khiyat tu kurang tepat yang tepat lagi ialah “khiriat”. Pada masa tahun 1960an pokok ini banyak didapati ditepi pinggiran sawah pagi. Cara memakannya ialah dengan mengopeh kulitnya dan ditelan begitu sahaja. Cuma tidak bolih makan banyak takut sembelit susah buang air besar.

    Satu lagi ialah buah “keriang”. Buahnya hitam kebiru-biruan/ungu. Boleh dijumpa ditengah sawah atau juga ditepi pinggiran sawah pagi. Buahnya kecil, pokoknya besar. Cara makan kumpul dalam tangan banyak- banyak dahulu baru makan. Maklumlah buahnya kecil. Buah ini boleh jadi pewarna, kalau buahnya pecah dalam poket baju baju kita jadi hitam kebiru-biruan.

  12. buah khiyat ni biasa dah. Rasanya sangat masam. Kalau zaman dulu, buah khiyat ini yang terakhir berbuah untuk musim buah. Kalau pokokm khiyat berbual menunjukkan musin buah dah tamat.

  13. Salam Sejahtera,
    Buah buahan hutan? Kalau sebut pasal buah macam kemunting saya pernah makan. Okey la juga rasa dia. Manis..

  14. Buah khiyat..? emmm,,..pokok khiyat ni ada kat belakang umah saya,. 1 ketika buahnya lebat..time masak warna merah,nmpak cntik jer vpokok 2. saya & adik2 msti lumba petik buah 2,.pokoknya rendah jer..x tinggi sgt. tp syg skrg ni sy dh jarang tgk pokok 2 berbuah.. mungkin tanah dh x subur.. buah khiyat ni mmg byk terdapat di kelantan,.

  15. salam,
    kat kelantan, buah khiat ni memang tipikal…depan rumah pun ade….kalau dah masak tu, buat khiat ni sedap dan agak manis jugak… makan ambik rasa dan terus telan.

    seingat tok, masa2 kecik2 dulu kita makan kena berpada2, jgn terlalu banyak mcm makan rambai..sebab kalu tidak tak boleh nak buang air besar lah!! he..he.. bebudak skrg dah tak reti makan buah ni..sampai bersepah di depan rumah…

  16. sakali lagi…nanti tok buat 1 entri kat blog tok, kalau korang kenal dgn buah ni..tok tabik 3x!!

    kat sekeliling umah tok ada 2 tiga jenis buah2 yg tok tanam, macam ciku, nanas, longan aka mata kucing dan yg banyak sekali pisang…jgn lupa lawat blog tok ya utk tengok buah yg tok maksudkan…

    –>http://tokjogho.com

  17. salam…pernah mkn buah nie…tp lama dah la….buah ni mmg masam…bijinya jgn ditelan…hehhhe takt nanti sembelit….

  18. buah ni sedap makan colek. tak payah masak, makan saja pun sedap. kelantan t’gganu & pahang pun ada. di gua musang belambak-lambak bila musim dia.

  19. mmg sedap buah khiyat nih…yummy!!! kelantan byk pokok ni.. kalo manis telan ngan biji2 jer.. tp jgn byk sgt mkn pd 1 ms,,, ada kes kt kg. sy dulu, makan buah khiyat ni terlalu byk, sampai xleh buang air besar… lastly budak tu terpaksa minum minyak u licinkan..

  20. Salam semua,

    Mmg best buat kiat. Rayanya ejaannya tak payah letak huruf k. Masa kecik2 dulu, saya mmg suka buah ni. Lani tak tau lak kalu ada lagi kat kelate. Rumah saya dulu ada pokoknya. Kalu makan yng buah muda pun sedap juga sebab isi dia boleh di buka gitu aje. Tak payah nak telan ngan bijinya. Masam2 manis gitu rasanya… cakap2 pasal buah ni, terliur kata org kelate. yummy.

  21. Buah ni memang banyak kat Kelantan. Tak pernah jumpa kat negeri Selangor atau sabah, sarawak. Makannya kena cicah dengan cuka,garam, gula, belacan atau dimakan begitu saja. rasanya masam manis tapi memang buah ni membangkitkan nostalgia di zaman budak2 dulu especially musim banjir, makan buah keriat sambil tunggu air naik!!

  22. Buah ini dimakan mentah. Ianya seakan buah langsat tapi isinya keras dan berbiji.rasanya manis.sedap juga

  23. Salam..
    Kat rumah nenek saya ada buah nie..
    Rasanya sedikit masam…
    Buah nie mmng ada kat Kelantan sahaja…

  24. buah ni memg best…rasa manis cmpur masam. cara makan: koyakkan jer kulit tu… mkn terus isi ngn bijik dia.bijik tu kecik je, blh ditelan. try lah…

  25. dulu, kat kampung saya ada sejenis buah nama “Kiyap”. bentuk macam buah Khiyat ni jugakle. tapi warna kuning terang dan berbintik2. isi macam rambutan cuma warna jingga. rasa manis sangat. saiz sebesar ibu jari. saya ingat buah Khiyat ni sama dengan buah Kiyap tu, rupa2nya tak sama.

  26. Buah kiyat ni ada kat rumah saya. Rasa dia masam manis…tapi manis dia sikit masam dia lebih. Sesiapa pernah tgk biji kopi ..macam tu la lebih kurang isi dia. Pokok dia kecil2 pun dah ada buah…mungkin budak2 sekarang tak kenal pokok dia.

  27. Di tempat saya ianya ada ditaman di Selalang dan dijual oleh orang iban , Pernah juga jumpa orang jual di pasar basah Bintulu. Nama tempatan di Sarikei ialah buah skaba, rasa berlemak paling sedap makan bila dicicah dengan sambal belacan atau tempoyak. Buah agak kering, biji besar. Tahun lepas saya ada juga tanam buah ni kebun, tumbesran okey , disemai menggunakan biji.

  28. To Admin,
    buah buah nadir ni dah banyak lupus disebabkan perubahan zaman tadi saya tanya rakan kerja tentang buah remia pun dia tak tau. Saya rasa orang lam saja tau buah buah ni.

  29. buah khiyat ni lebih masam dari manis,..sekali sekala makan sedap la.. buah cantik… kulit kaler merah..isi kaler gold..memang cantik…

  30. Sesapa yang nak tengok pokok & buat khiyat ni, kat Taman Tasik Jaya, Petaling Jaya ada beberapa pokok dan tengah musim.

  31. Kat Kg.saya banyak pokok ni…tumduh kat satu bukit.namanya bukit sekiat..kalau betul2 masak mmg.manis.boleh ambil biji dan semai kalu minat nak tnm..

  32. sy teringin sgt2 nk mkn buah nih..bertahun2 mencari….dulu masa zaman kecik2 ade kat belakang umah kat kota bharu tp skrg dah pupus…buah dia sedap sgt smpai terasa2 kat lidah nih..kecur liur..tlglah mgidam nih…ade sape2 yg ade buah nih hubungi sy..tq

  33. di hutan sarawak byk buah-buah nadir yg tidak terdapat di semenanjung kerana secara geografinya sarawak berkongsi hutan dengan kalimantan indonesia yang sangat kaya dengan berbagai jenis buah hutan. Kalau musim buah hutan berbuah, banyak buah-buah tersebut dijual di pasar-pasar tamu di bandar utama. Kalau nak cuba memakannya tanya dulu dengan sipenjual kerana ada buah yang perlu direbus dulu sebelum dapat dimakan.

  34. lama dah tak makan buah ni.tibe2 muncul dlm kpl n terus google. slalunya mase kecik2 dl kiteorang makan buah ni ngan cicah. cam makan buah pelam tu…;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam