May 18, 2026

sekiat

Beberapa minit yang lalu, saya membuat carian Google mengenai buah-buahan nadir yang masih banyak lagi yang saya tidak tahu. Tidak sangka saya terjumpa salah satu lagi jenis buah nadir yang disebut buah khiyat oleh masyarakat di negeri Kelantan. Dipercayai juga buah khiyat ini memang banyak dijumpai di sebelah pantai timur terutamanya Kelantan. Di negeri lain saya tidak pasti apa gelarannya.  Memang menarik dan unik buah khiyat atau sekiat ini.

Walau bagaimanapun, saya tidak dapat mengenalpasti bagaimana caranya nak makan buah ini atau mungkin buah ini tidak sesuai dimakan segar. Mungkin juga perlu dimasak atau sebagainya. Setakat ini saya belum berjumpa lagi apa-apa rujukan mengenai buah ini.

Jika anda pernah melihat atau makan buah ini, diharap anda sudi berkongsi apa-apa informasi di sini. Semoga perkongsian anda memberi manfaat kepada semua pembaca.. Tenkiu..

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png

140 thoughts on “Buah Khiyat @ Sekiat

  1. soe, dah lupa pula saya pasal buah ni. rasa mcm dah makan. ada ulas dalam. biji besar. cuma sikit isi. tapi mungkin buah yg ni

  2. buah khiyat ini dimakan cam tu je bila masak (merah) tapi buah ini akan memberikan masalah bila nak buang air besar jika dimakan banyak…maklum ler makan dengan biji. maka pedih ler……

    nak makan hanya kopek jer…isi nipis, rasanya agak masam sikit bukannya manis sangat….

  3. thanks for that info..
    1st time tau ade spesis buah camni mgkin boleh tergolong
    dalam buah hutan

  4. emm.. buah kiat ni sedap kalau d makan cicah colek(garam+gula+cuka+kicap sikit). hirup dengan sudu..rasa meleleh air liur.. nak tahu trylah.. cuma buang air besar payah sikit. sembelit coz bijinya besar. tapi cayalah… sedap.

  5. khiyat! selama ni sy tau sebut je. xtau pl eja dia mcm mana. sape yg suka masam mmg elok la try buah ni. mmg teramat2 masam. tapi walaupn masam, ada rasa dia yg mnyebabkan xboleh nk berenti mkn. mmg sy dh lm xmkn buah ni. last sekali masa 1994 rasanya

  6. emm.. rasanya masam. aii, tgok buah ni rasa kecur plak air liur. da lama x makan. best2

  7. Terlebih dahulu terima kasih atas kiriman email kepada saya. Jika tidak kerana email tersebut tentu saya tidak mengetahui tentang blog yang bernas ini. Syabas atas usaha sdra.

    Inilah kali pertama saya tengok buah khiyat walaupun hanya gambar. Pada mulanya saya sangka ianya buah mengkula tetapi bila diamati betul-betul, tidak sama dengan buah yang saya maksudkan.

  8. salam..mcm pernah makan..if xsilap,buah ni isinye nipis tapi biji die besar n clr coklat.xsure plak,rasa msm2 manis..
    Wallahu’alm..

  9. dulu saye ade pokok buah ni kat belakang umah…bila kaler dia dah merah pekat boleh makan begitu saje..rasenye agak masam…best kalau dimakan dgn kicap campur gula taruk cili padi sikit kasi pedas…tapi kalau telan dgn bijik2 harap maklumla bila nak buang air besar…hehehe

    org2 dulu cakap pokok dia org tak tanam pon…mungkin melalui burung atau melalui org…hehehe maklumlah org dulu2 sebelah pantai timur pakai toilet terbuka…hehehe kat tepi2 batas belakang pokok keladi je…

  10. honestly, i x pernah jumpe @ makan buah nie… tgk sekali imbas cam buah kopi jerrr…

  11. rasa mcm pernah makan buah ni…x perlu masak
    rasanya manis………. dan klu kat tempat sy blh dibeli di perkampungan asli ataupun mereka yang berniaga di tepi2 jalan

  12. buah khiyat ada 2 jenis,yg bulat dgn yg bulat lunjung,biasanya yg lonjung tu rasa manis,yg bulat rasa masam2 manis.masak merah,bleh d mkn gitu je atau pun d camour dgn sdikit gula,garam,cili api sikit n sikit blacan,campur dgn isi khiyat,pastu mkn la..sedap..

  13. first time dengar, first time tengok biarpun diri ini asalnya Kelantan..huhuh maybe ade nama lain kut yang xtau…

  14. saya selalu makan buah nie terutama bila pulang ke kampung. buahnya masam cket, not totally manis. boleh d telan dgn biji, tp awas, akan ada masalah bila membuang air besar.
    kulit ny nipis, isinya warna coklat.

  15. Buah ni d mkn segar..kat umah mak sy di kelantan mmg ade pohon khiyat..sy la panjat kalau nak makan buah ni 🙂
    sy xpasti ade orang masak atau x buah ni..

    off topic: pernah bro makan bunga pohon durian?

  16. penah mkn la buah ni. sdp gak sbb rase die cam msm2 skit. tp namenye cam lain. x igt plak ape tp blh mkn trus cume jgn tln biji nnt skt perut plak

  17. saya selalu gak mkn buah ni……
    buah ni biasanya dimakan sgar….
    xperlu dimask tapi rasa dia msam skit…..
    isi dia x tbal jdi lau mkn buah ni biasanya kita mkan skali ngan bji…..

  18. Saya memang tak tahu buah ni.
    Ini pertama kali saya tengok.
    T.kasih. atas info diatas.

  19. Assalamualaikum…

    trima kasih utk info ini… kali prtama melihatnye.. klu

    mudah d dpti nk gak cube merasa buahnye…

  20. buah khiyat…sy pnah tgok n pnah rasa..isinya nipis jer..biji besar..rasanya masamm..ermmm..kalu sesaper yg makan banyak, susah nak buang a..b….

  21. Salam Ahad.

    Wah!, hamba pun baru festaim tengok dan dengar cerita tentang buah ni. Tapi, nampak memang macam sedap je buah tu, yummy.

    Elok juga Tuan Fazlisyam majukan artikel ini di laman-laman forum, Insya’ALLAH boleh dapat lebih banyak feedback ttg buah ni.

    Salam Sepanjang Abad.

  22. Kat mana kampungnye tu.. benarkah buah ini banyak di pantai timur sahaja.. ada yg dari utara atau selatan boleh beri maklumbalas..

  23. Masa kecik2 dulu kat kg , saya selalu makan buah ni . Seingat saya , buat khiyat ni kulit buah warna hijau sebelum masak . Bertukar warna kuning kalau dah masak dan jadi kuning oren bila ranum . Tekstur kulit buah tak macam dlm gambar ni . Gaya kulit buah sukun tapi skel kecil , bentuk macam dlm gambar tapi lonjong / bujur lagi . Kulit ( nipis ) dicekik dgn kuku utk dapatkan isinya yg berwarna kuning ( nipis juga ) dan licin . Rasa manis kelat . Saiz bijinya mungkin 70-90% dari saiz keseluruhan buahnya . Zaman saya kecik tu dulu , buang kulit dan telan isi sekali dgn biji2nya . Keluang dan kelawar makan buah ni .

  24. Memang betul,buah khiyat ni banyak berada di sebelah pantai timur,khususnya di Kelantan dan Terengganu.. Kalau kita tengok buah ni, dia nk sama dgn buah kopi.. Tp rasanya berlainan ckit.. Rasa buah ni, masam-masam manis.. Isi dia nipis je,warna putih.. Biasanya penggemar buah ni dia telan dgn bijik-bijik skali.. Tp satu je, bila time nk melepas, dia jatuh mcm tahi kambing.. So,kat kawan2 yang nk cuba merasa buah ni,berkunjunglah ke Negeri Pantai timur.. Tanya kt saudara mara atau sahabat handai kt sana,mana nk carik buah khiyat ni..

  25. buah ni mmg byk kt pantai timur..rasanya agak masam la sikit..tapi ada jgk yang manis ttp masam tu mmg masam lah..saya asal terengganu,jiran saya ada tanam dan setiap kali kuar buah mmg lebat..tapi sebab rasanya masam budak2 mmg xsuka sgtla..

  26. Buah khiyat…er mungking ada yg sebut sekiyat..ada yg manis ada yg masam. pokonya boleh setinggi 10-15 kaki. berbuah didahan dan juga dibatang. untuk memetik buahnya kita perlu memanjat. ..bijinya semacam biji kopi. …… buah dia seangkatan buah laghok dari segi penggunaannya. saya pernah jumpa buah ni djual dipasar siti khadjah, kota bharu.

  27. Salam…

    Thanks krn kirim maklumat kat saya…saya memang dari kecik makan buah khiyat…rasanya kalau masak manis tp kena telan dengan biji2nya sekali…kalau tak masak rasa masam sangat. kalau betul2 masak warna isinya macam coklat cair…memang buah khiyat banyak di kelantan

  28. untuk pengetahuan admin saya tinggal di Utara tanahair ni dah dekat 5 tahun…tambah belajar kat cni 3 tahun tp x pernah jumpa buah khiyat ni…tapi di Kelantan memang banyak tapi buah khiyat ada musim… tidak semua musim buah ini ada di pasaran

  29. salam..sy xpernah dgr pulak pasal buah khiyat ni..n sy xtau plak ada nye buah ni..thanx 4 ur info k..

  30. Rupa cam buah MUJAU kat Sarawak….hmm.. mengikut kengkawan kat sini, cam bukan. Kalau mujau tu, rupanya hampir sama tapi, isi dan bijinya lebih menyerupai rambutan cuma ininya nipis…

  31. Bentuk ulas dalam dia cam buah rambai…cuma buah rambai ulasnya banyak dan bijinye kecik tapi buah kiat ni isinya nipis dan bijinya besar. Rasanye masam-masam tapi best. Dah lupe berape ulas kat dalam satu ataupun dua….

  32. Buah Khiyat …… waaaaaaa dah lama tak makan, semenjak pokok di depan rumah kena tebang sebab pokok kelapa di sebelahnya kena panah petir …….

    semenjak itu …… ku kehilangan muuuuuuu (mcm iklan la pulak) …..

    tapi buah ni mmg besh, couple dia kena lah ngan colek ……

    http://www.score-a.co.cc/

  33. Buah ni kalau tak silap, sebelah utara sana dipanggil buah setaq ( ejaan sebenar setar, tapi ikut loghat utara disebut setaq). Rasanya ada yang masam manis, masam masam….lebih kurang macam buan mempelam cuma saiznye kecik.

  34. Salam buat semua,
    First time dengar & tengok, looks interesting dan kalau di KL kat mana kita boleh dapatkan buah ini?

  35. buah ni bnyak terdapat di negeri kelantan terutamanya kat kampng,buah ni boleh dimakan terus kta hanya perlu buang kulit.bila masak ia akn warna merah..ia sgt masam w/pun dah masak.sedap.mkn dengan biji2 nya krn isi nya nipis aje.

  36. salam…

    sy org kelantan.hehe..so mmg ade buah ni kt sane.kalo pegi pasar pg kt kampung2,mesti ade makcik yg jual…kalo kenal buah rambai..camtula isi dlm die..tp kulit buah ni tebal skit dr rambai n kecik skit isi die..

    sgt masam n sy biasenye mkn lapisan kt luar je..x telan biji die sbb besar.huhu..

    *tbe2 kecur air liur*

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam