Air kelapa juga adalah sejenis ubatan herba iaitu sebagai penawar racun (bahan toksin) dan pencuci tubuh untuk mengeluarkan bahan kimia yang menyebabkan tindak balas racun (toksin) atau alahan. Sifat yang sama inilah yang boleh menghilangkan kesan ubat herba dari tubuh.
Mereka yang menghidap penyakit jenis sejuk seperti cirit-birit perlu menjauhi makanan sejuk atau makanan mentah. Antara pantang yang biasa disebut dalam ubat herba ialah tidak boleh minum air kelapa semasa mengambi ubat herba kerana ubat akan kehilangan kesan mujarabnya.
Orang yang mengambi ubat herba untuk menguatkan tenaga batin atau sebagai tonik badan biasanya diminta berpantang: dilarang minum air kelapa atau makan makanan yang sejuk atau berangin seperti kangkung, jantung pisang, rebung,mentimun kerana sayuran ini mempunyai sifat yang bercanggah dengan sifat ubat herba yang diambil.
Mereka yang menghidap penyakit jenis panas seperti sakit kerongkong dan batuk perlu menjauhi makanan yang pedas atau mengandungi banyak rempah supaya ubat herba dapat bertindak dengan lebih berkesan.
Orang yang minum ubat herba untuk tujuan memudahkan tidur lena tidak sepatutnya meminum bahan yang boleh menambahkan aktiviti otak serta menghilangkan daya tidur lena seperti teh, kopi dan koko. Pantang larang dalam sistem ubat herba tidak seharusnya dianggap remeh-temeh atau kolot tanpa cuba memahami falsafah yang tersirat.
Number of View :9325
apa pendapat saudara tentang air kelapa bakar yang famous satu ketika dulu
Saya sendiri pun belum pernah merasai kelapa bakar.. sedap ke?
Salam. Just nak kongsi cerita pasal air kelapa. Sila lah baca posting suami saya pasal air kelapa muda di http://impiana-iman.blogspot.com ….tq
minum air kelapa untuk sembuhkan demam champak..
I enjoy browsing your page, I usually find out something interesting facts.
Emily R. from Husky Training