March 19, 2024

ubi-tum3
Sudah lama penulis ingin menulis artikel ini, namun hanya pada 10 malam terakhir di bulan Ramadhan baru tangan ini dapat menulisnya. Artikel kali ini mengenai pokok Ubi Tum atau nama saintifiknya Dioscorea bulbifera. Di lain-lain Negara ia lebih popular dengan nama air potato disebabkan ubinya yang tergantung di udara tidak seperti jenis-jenis ubi yang lain yang terdapat di dalam tanah. Walau bagaimanapun terdapat juga varieti lain air potato di luar negara yang juga dikenali Dioscorea alata.

Ubi Tum juga dikenali dengan nama Ubi Sentul atau Ubi Setong di sebelah kawasan pantai timur. Ada juga yang menggelarkannya Ubi takut babi disebabkan tidak tumbuh di dalam tanah.

ubi-tum2

Penulis juga pernah menanam ubi ini di kawasan rumah. Ubi yang tumbuh secara menjalar ini mudah hidup dan tidak sukar menjaganya. Pertama kali menanam pokok ini, ubi yang dikeluarkan tidak besar dan buahnya juga tidak banyak. Daun pokok juga kecil. Apabila kali kedua menanamnya dari benih yang sama, pokok lebih subur dan daun pokok juga lebih besar. Buah/Ubi yang pertama keluar juga mempunyai saiz lebih besar. Namun, ubi-ubi yang lain akan menjadi lebih kecil sehingga ubi yang terakhir keluar yang semakin kecil.

Saya pernah ditanya melalui satu email sewaktu ketika dahulu. Adakah ubi ini boleh dimakan dan adakah ia beracun? Dalam pengetahuan saya ketika itu, ubi ini tidak beracun dan ianya boleh dimakan. Namun, saya sempat membuat sedikit rujukan daripada kajian-kajian yang pernah dibuat di luar negara. Sebenarnya, ubi jenis ini mempunyai sedikit racun atau toksik. Saya tidak pasti adakah ia adalah dari jenis yang sama atau berlainan. Mungkin disebabkan itu ubi ini perlu dimasak terlebih dahulu bagi menghilangkan racun yang terdapat di dalamnya.

ubi-tum

Daripada maklumbalas mereka yang pernah makan ubi ini, kulit ubi tum dikupas kulit dan Perlu dicuci hingga hilang lendir sebelum di masak. Kebiasaannya ia dimasak bersama kari ikan. Rasanya seakan ubi kentang. Ubi Tum ini juga dipercayai boleh dijadikan penawar penyakit kencing manis. Perkara ini juga pernah dinyatakan oleh makcik yang tinggal di Kampung Gajah Perak. Menurut beliau lagi, ubi ini sukar didapati dan harganya juga mahal.

Jika anda ada cerita menarik mengenai ubi ini, bolehlah kongsikannya di sini.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :45691

31 thoughts on “Ubi Tum @ Air potato

  1. DULU JIRAN DIKAMPUNG SAYA ADA BAGI UBI NI TETAPI TAKUT NAK MAKAN…MCM BERACUN AGAKNYE,….TQ ATAS PERKONGSIAN INI

  2. setahu saya, dulu kecik2 ada tanam pokok ni, tumbuh menjalar tinggi, kutip bila dia jatuh (TUM) kupas kulit masak kari, kari akan jadi pekat sebab ubi ni akan mengeluarkan lendir macam bendi. syarat nak masak, masuk awal-awal time tumis sebab ubinya lambat empuk.

  3. saya dah pernah makan ubi ni kat rumah mak mertua…tp baru makan sikit dah rasa pening kepala…macam mabuk laut…terus berhenti makan…mungkin x cuci dengan betul

  4. Assalam,

    Perkongsian dari senior saya. ubi ini ubat mujarab untuk penyakit saluran jantung tersumbat. di masak dan di blend. Saya masih explore khasiat buah ini. semoga bermanfaat nanti.

  5. ubi takut ke babi ini menurut ustaz saya boleh ditampal pada gigitan ular untuk menyerap bisanya keluar. kegunaan lain untuk penawar kanser, dimana ubi yang jatuh sahaja direbus untu diminum airnya.

  6. saya dh cuba makan ubi ni…kt rumah mertua di ALOR setar banyak….Kupas dan buang kulit…buat macam kupas kentang….siap rendam dgn air garam lagi….rebus sampai empuk…baru kunyah sikit saja,kepala rasa pening…apalagi terus buang..x brani nk makan dah

  7. Info dr abg ipar buah ni dikenali juga sebagai buah barah..ubat kanser.ramai yang mencarinya…di keringkan dan di redam air nya utk di jadikn minuman…ramai yg mencari buah ini..

  8. Ubi ini banyak terdapat di Kedah dan Perlis.kalau di K
    Kedah daerah pida 7 Ayer Hitam,Pantai Johor,Selengkoh sedaka.khasiatnya amat banyak,semasa sy umur16 tahun pernah makan ubi ini rebus saja dan mkn dgn kawan2 dekat bendang tepi kampung,ada org tua tgk
    Kami mkn ubi tom ini dia marah,katanya hangpa budak2
    Tak blh mkn ubi tum ni hanya utk org tua sahaja,rupa2nya 48jam berdiri alat sulit kami, baru tau
    Khasiatnya.sejarah di kampung Pantai Johor A
    Setar tahun 1983

  9. Pokok yang saya tanam telah menghasilkan buah.
    Saya bercadang menjual buah kentang udara (air potato) ini.

  10. Alhamdulilah, saya dah cuba buat kajian sdikit pokok nie, diatas buah tum dan dibwh ubi tum, orang asli katanya buah barah, rasanya krang sedap pahit mcam tongkat Ali, khasiat pelbagai guna dan power mcam Vergra smulajdi, dah cuba rebus mcam ubi kayu/keledek dan msukkan sdkit garam pun msih pahit. isteri sya sakit perut berasid tengah malam sakit sangat perut bgulong2, mkan 5 atau 7 keping kecil, stengah jam lepas tuu dah baik, Siapa2 yg nak beli yg dah kering, saya blih poskan, harga blih runding, hub saya, 01115438352, 0164180708. Insaallah saya blih uruskan. Rezeki dpada Allah.

  11. Ada yang menggelarnya sebagai buah sambung hayat. Kalau di Tapah, Perak ada seorang makcik yg memperkenalkan buah ni kepada saya katanya untuk jantung. Rebus dan minum airnya…

  12. Saya baru minum 4 hari kencing manis dari bacaan 14 terus turun 8 dan darah tinggi 140/104 jadi 98/61.

  13. ubi ni direbus dan diminum airnya… cara rebusannya dua cawan jadikan 1 cawan … utk rawatan penyakit jantung

  14. saya baru dapat buah ni dari seorang pengamal perubatan tradisional. dia panggil kentang katak. dia kata utk pnyakit kncing manis, darah tggi, batu karang n ktumbuhan (tumor). dr pngalaman dia, batu karang yg dia alami , hancur & keluar msa kencing.

  15. Saya juga ada menanam ubi tom ni… semua dah ketentuan Ilahi ..masa tu x tahu cara mana guna ubi tom untuk merawat penyakit kanser , sampai sekarang saya masih kekal menanam ubi tom agar tidak pupus benih..
    X berguna untuk saya tapi mungkin bermanfaat untuk orang lain khususnya penghidap kanser..

  16. Tq info….br tau boleh makan….kat umah sy byk terbiar shj….lepas ni dh boleh buat masak…semoga bermanfaat kpd pembaca…..

  17. Encik Suhaimi, macam mana saya boleh dapat kan? Saya tengah mencari. Kata orang kena tunggu buah tu gugur jatuh ke tanah sendiri. Kalau sesiapa tak keberatan boleh hubungi saya 0172233425.

  18. assalamualaikum..kalo sesiapa ada buah atau anak pokok ubi tum ni untuk dijual..tlg hubungi saya..017 3743539..kalo dekat sya akan walk in…tq very much

  19. Kat rumah saya banyak. Bila sy masukkan gambar kat fb baru tau pokok ni bkn manjakani.. Sebab kwn yg bg benih ni kata bidan dia bg benih manjakani.. Apapun br jelas bkn manjakani. Sy belum pernah makan. Sape nak mai le dtg rmh. Di kampong gajah perak. 019 5251273..

  20. Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan ubi in boleh hubungi stay whatsap saya di nombor 01137182703

  21. Saya baru dpt dari rumah pakcik.. puas dptkan info mngenai buah ubi tum ni.. terima kasih atas perkongsian ßha

  22. Ubi ni ade 2 jenis..yg batang berduri dan tidak berduri..yg btang berduri ade racun..yg batang tdak berduri boleh mkan..mkan begitu saje ataupun boleh direbus..untuk lebih lanjut boleh tel no sya..019 9390479

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam